Posts

Showing posts from September 6, 2016

PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN

Image
PORTAL HIBURAN TONTON PERKENAL #TONTONMACAMVIP BERSAMA MIA AHMAD DAN SAHARUL RIDZWAN |  Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput oleh pihak portal nombor 1 di Malaysia,  TONTON  ke majlis memperkenalkan pakej terbaru dan sekaligus memperkenalkan wajah baru bagi  TONTON . Majlis perkenalan ini telah diadakan di Desa Balqis Resort Kuala Linggi Melaka dengan penuh meriah. Berkonsepkan #BerkampungMacamVIP menjadikan semua orang mesti berkeadaan kampung dimana tetamu lelaki diberi kain batik dan tetamu perempuan dengan kain pelikat. Haaaa baru laaa mood dekat kampung muncul. Patik dengan begitu gigih bergerak dari Serdang terus ke Kuala Linggi dengan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai kesana. Suasana #BerkampungMacamVIP Setibanya patik di Desa Balqis Resort Kuala Linggi ini, majlis telah bersedia dengan penuh cahaya. Teruja semua bercampur baur perasaan patik ni haaa. Patik membayangkan keceriaan sama seperti kemeriahan tempat