Posts

Showing posts from September 26, 2016

HARGA BAHARU BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA

Image
HARGA BAHARU BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA | Bila hati teringin untuk melihat kawasan peninggalan kesan peristiwa Tsunami, benda yang patik risau adalah pasport.  Tempoh hari patik telah ke Pejabat Imigresen Malaysia yang terletak di Perhantian Kajang, Kajang dimana ianya adalah lokasi bagi orang-orang Bandar Baru Bangi, Kajang membuat pasport. Mujurlah rumah patik agak dekat dengan lokasi tersebut. Jadi bolehlah patik datang agak lambat. Hehehe Harga Pasport Malaysia Setibanya disana patik sangat terperanjat kerana patik sudah sampai seawal 7.15 pagi tetapi barisan untuk mengambil nombor sudah panjang. Dalam hati patik berharap agar patik sempat untuk mendapatkan nombor kerana keesokkannya patik perlu terbang ke Aceh Indonesia. Pejabat Imigresen Malaysia Alhamdulillah akhirnya patik dapat juga nombor untuk memperbaharui pasport patik. Lega dekk oi. Sambil-sambil menunggu patik melihat informasi berkenaan harga baharu bagi permohonan pasport Malaysia.