Posts

Showing posts from October 28, 2016

NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40

Image
NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40 | Seperti kebiasaan sempena Istiadat Konvokesyen UPM Kali Ke 40 , aktiviti seperti pesta konvo akan menjadi festival bagi memeriahkan istiadat tersebut.  Kali ni patik berpeluang menjadi salah seorang petugas bagi pameran yang terletak di Bukit Ekspo UPM Serdang .  Sepanjang seminggu kami telah membahagi-bahagi tugas untuk menjaga booth dibawah nama fakulti patik iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM .  Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di Pesta Konvo Kali Ke 40 ni antaranya booth pameran lebih daripada 10 buah fakulti dibawah Universiti Putra Malaysia , pameran ternakan dan juga jualan hasil pertanian daripada UPM sendiri dan banyak lagi.  Untuk tahun ini jabatan patik telah dipilih oleh pihak fakulti untuk menjadi penyelaras booth sepanjang minggu Pesta Konvo Kali Ke 40 ini. Untuk kali bertemakan "Mengungguli Petanian, Menggapai Reputasi Antarab

BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016

Image
BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016 | Sebenarnya patik sudan lama tidak menjejakkan kaki ke Negeri Melaka walaupun jarak diantara Bangi - Melaka itu bukan jarak yang jauh. Tapi kesempatan masa dan keadaan tu belum sampai. Nak dijadikan patik telah berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama kenderaan Jepun yang bagi patik adalah impian patik iaitu kenderaan jenama Honda . Honda Jazz, Honda HRV dan Honda City Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, patik berpeluang untuk merasai pengalaman 2 hari 1 malam memandu 3 kenderaan hebat Honda yang menjadi penyumbang 70% keuntungan datang daripada 3 jenis kenderaan ini iaitu  Honda Jazz, Honda HRV dan juga Honda City .  BERKUMPUL DI RAIL CANTEEN  Rail Canteen, Sunway Nexus, Kota Damansara Seawal 10.00 kami berkumpul di Rail Canteen untuk pendaftaran dan juga minum pagi serta sesi penerangan sebelum kami bertolak ke Melaka. Sesi penerangai daripada pihak Honda Malaysia