Posts

Showing posts from November 15, 2016

DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH

Image
DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH | Patik bila disebut kepah tu, patik hanya tahu beli dekat pasar dan sedia untuk masak apa jua menu. Tapi bila kata nak mengutip sendiri memang sejujurnya patik tidak pernah dan tidak berpengalaman mengutip sendiri.  Tempoh hari semasa lawatan ke Negeri Terengganu, patik dan rakan blogger lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman mengutip kepah dilaut.  Sebanyak 20 buah bot nelayan telah disediakan oleh Tourism Terengganu untuk membawa kami ke kawasan lautan yang sedikit cetek bagi aktivit ini.  Patik dan blogger Mawardi Yunus, Amir Nawawi, Pena Berkala dan juga Emas Putih telah menaiki boat laju untuk kelokasi yang dikatakan banyak kepah.  Perjalanan menariki boat laju ini memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Didalam fikiran patik bagaimana cara untuk mengutip kepah ditengah laut sebabnya kepah biasanya akan berada didalam pasir laut. Setiba dilokasinya yang dimaksudkan