Posts

Showing posts from November 22, 2016

PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1

Image
PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1 | Rancangan "Walla - Menu Kita" terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersiaran untuk musim ke-2 dimana siarannya setiap hari Ahad jam 12.30 tenghari di TV1 . Kenapa patik tiba-tiba berbicara kisah rancangan ni? Ini sebab patik adalah salah seorang blogger jemputan bersama-sama dengan pengacara yang sangat petah berbahasa melayu iaitu Chef Brian atau lebih mesra dipanggil Abang Brian .  Ada yang bertanya patik bagaimana patik dipelawa untuk muncul didalam rancangan tersebut. Sebenarnya patik telah "dilamar" melalui email oleh pengurus rancangan untuk menyatakan hasrat mempelawa patik sebagai rakan pengacara untuk episod tertentu. Sebagai mengutip pengalaman baru, patik terima cabaran ini untuk digandingkan dengan pengacara keletah bagi menjayakan episod tersebut. Berlokasi di Restoran MaxandCarl Kitchen yang terletak di Ampang Selangor, patik telah tiba dilokasi yang