HOMESTAY MELAKA YANG BERKONSEP MEWAH TETAPI BERBALOI UNTUK MENGINAP


HOMESTAY MELAKA YANG BERKONSEP MEWAH TETAPI BERBALOI UNTUK MENGINAP | Kadangkala percutian dengan menggunakan perkhidmatan penginapan berkonsep homestay lebih berbaloi berbanding dengan menginap dihotel yang banyak disesuatu tempat tidak kira hotel yang berkonsep bajet atau yang berkonsep mewah. 

Seperti patik sekiranya bercuti dengan rakan mahupun keluarga patik lebih suka menggunakan perkhidmatan homestay kerana harga yang boleh dikatakan berbaloi dan kita akan dapat pelbagai kemudahan didalamnya. 

Baru-baru ini patik dan rakan blogger lain telah meluangkan masa untuk bercuti di Melaka. Bila datang masa hujung minggu, benda yang menjadi masalah di Melaka adalah harga yang tidak masuk akal untuk bilik-bilik hotel termasuklah hotel bajet yang bersepah di Melaka


Bincang punya bincang akhirnya kami telah sepakat untuk mengunakan perkhidmatan homestay milik Idaman Villa

HOMESTAY IDAMAN VILLA yang terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka merupakan kawasan strategik di tengah-tengah bandar Melaka. Dengan hanya 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa, dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka menjadikan kami telah bersepakat untuk menginap disini. 

Kenapa kami memilih HOMESTAY IDAMAN VILLA? Nanti patik ceritakan 

HOMESTAY IDAMAN VILLA MELAKA

Setiba di homestay yang dimaksudkan, patik bagaikan teruja kerana banglo 3 tingkat yang tersergam indah dihadapan mata patik adalah homstay yang akan patik dan rakan-rakan lain akan menginap. Wowwww sangat cantik ok.


Melangkah masuk kedalam homestay ini, ianya bagai sebuah rumah keluarga yang sangat lengkap. Dengan susun atur ruang tamu dan keluasan ruang bawah yang selari dengan dapur menjadikan ianya sangat selesa. 


 Ruang makan yang bersambung dengan ruang dapur .


Ruangan dapur yang luas dan kelengkapan masakan yang mencukupi termasuklah, pinggan mangkuk, kuali segala, dapur, peti sejuk dan juga bahan-bahan asas didapur. Kiranya kita boleh datang untuk memasak dan boleh menjimatkan belanja sepanjang penginapan disini.

Jom kita beralih ke ruangan bilik di homestay banglo 3 tingkat ini. Patik yakin korang pasti teruja kerana patik dan kawan-kawan lain pun bagai nak tercampak sebab cantik sangat. Sangat tak sangka homestay yang sangat lengkap dan selesa.




HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

HOMESTAY MELAKA

Untuk pengetahuan korang semua, homestay ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan lebih 50 siaran di ruang tamu, TV dengan lebih 20 siaran untuk bilik master bedroom di tingkat 1 dan 2. Selain itu demi kemudahan pengguna homestay ini, WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps.

Haaa nampak kan betapa lengkapnya kemudahan yang disediakan disini. Sangat sesuai untuk korang yang datang ke Melaka dengan keluarga atau rakan yang ramai.



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<




Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen