KENIKMATAN DIM SUM DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA

DIM SUM

KENIKMATAN DIM SUM DI HOTEL BANGI PUTRAJAYA | Sebenarnya patik adalah penggemar makanan cina terutamanya dim sum. Banyak lokasi dim sum yang telah patik cuba. Ada yang bos patik belanja dan ada juga yang patik makan bersama rakan-rakan lain. 

Bila sekali patik cuba bersama blogger dari Projek Travel [SINI] di RESTORAN HARMONI, HOTEL BANGI PUTRAJAYA, patik terus terpikat dan sejak pada itu patik akan terus mencadangakan kepada rakan kenalan terdekat untuk menikmati buffet dim sum dan menu masakan cina pada 1 harga.

Baru-baru ini patik dan rakan pejabat patik telah sekali lagi datang ke Restoran Harmoni Hotel Bangi Putrajaya untuk menikmati dim sum yang bagi patik sangat berbaloi. Jom sama-sama baca perkongsian patik ni yeee. 

DIM SUM

Kenapa patik begitu bersungguh berkongsi bersama pembaca blog patik ini? Ini kerana lokasi makanan yang sangat ekslusif dan selesa serta layanan yang sangat pantas dari staf restoran. Maklumlah restoran hotel kan, memang patut menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggannya. 

Jom kita lihat antara menu yang termasuk didalam buffet makan tengahri dim sum ini. Untuk pengetahuan korang, menu yang dihasilkan disini adalah 100% HALAL dari chef yang telah patik jumpa tempoh hari. 

Selain itu menu yang dihasilakan adalah sangat menepati cita rasa tekak melayu patik. Kadang tu kalau banyak sangat herba menyebabkan tekak patik jadi tidak boleh terima dan sememangnya menu disini sangat mesra tekak. Hahahaha

DIM SUM
 Antara menu goreng-goreng yang ada disini

DIM SUM
Dim sum yang berkonsep kukus dan juga goreng

DIM SUM

Secara keseluruhan apa yang boleh patik kongsikan adalah ianya berbaloi dengan harga RM55 nett, korang boleh makan kesemua dim sum dan juga makanan goreng pada 1 harga. Kalau patik tengok harga bagi 1 set dim sim ini sudah RM10. Jadi memang sangat berbaloi dengan harga RM55 nett, patik makan hampir kesemua jenis dim sum dan menu gorengan mereka. 

DIM SUM

Bagi korang yang ingiin mencuba merasai sendiri menu dim sum dan menu gorengan lain yang berkosnepkan makanan cina, korang boleh datang ke Hotel Bangi Putrajaya dan terus masuk ke Restoran Harmoni yang terletak didalam Hotel Bangi Putrajaya ini. 

Disediakan juga informasi yang mungkin membantu korang untuk kesini. 

Isnin - Sabtu :
Dim Sum Buffet Makan Tengahari
12.00 tengahari - 2.30 petang


Ahad & Cuti Umum:
Dim Sum Buffet Makan Tengahari
11.00 am - 2.30 pm

Harga Dim Sum buffet lunch :
RM55 nett dewasa
RM27.50 nett kanak-kanak

Telefon :
03-8210 2222


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<


Tags:

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen