MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA MERIAH

Thursday, February 02, 2017

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA MERIAH | Berlokasi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara Kuala Lumpur sebuah sejarah telah tercipta dimana Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah selamat dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan.

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Untuk majlis pelancaran ini, patik telah hadir dan melihat sendiri perjalanan majlis ini berlangsung. Sangat meriah dengan kehadiran ribuan peneraju industri berlatar belakangkan industri IT dan E-Dagang.

Dalam kemeriahan majlis ini, GT Dollar Malaysia telah melancarkan produk baharu yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.

APPLIKASI GT DOLLAR

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Aplikasi GT Dollar ini adalah berkonsepkan aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" dimana ianya bertujuan membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Berkonsepkan e-wallet menjadikan ianya sedikit sebanyak membantu mereka yang sentiasa sibuk dan dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Bila korang memuat turun dan mendaftar, korang akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar dan korang boleh menikmatinya terus. Haaa nampak seronok bukan. Cuba tengok apa yang patik sudah dapat. Banyak bukan?

Yang bestnya mengenai aplikasi ini adalah komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

GT ROBOT

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Bagi melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot telah dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi dengan manusia. Patik sendiri telah melihat sendiri keupayaan GT Wonder Boy berkomunikasi dengan manusia dengan bertanyakan beberapa soalan pengetahuan am dan GT Wonder Boy mampu menjawab dengan baik. Sangat teruja ok !

Selain GT Robot dan juga Aplikasi GT Dollar yang patik sebutkan tadi, GT Dollar juga memperkenalkan GT Mobile dan juga GT Watch untuk dimanfaatkan oleh semua. 

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Tahniah patik ucapkan kepada GT Group atas pelancaran GT Dollar Malaysia dengan menampilkan pelbagai perati yang sangat berguna untuk rakyat Malaysia khususnya dimasa hadapan. 

PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web GT Dollar yee. 

>> WEBSITE <<



You Might Also Like

0 komen