MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DI D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Monday, February 13, 2017

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DKAYANGAN DI SHAH ALAM | Bagi korang yang tercari-cari lokasi steamboat & grill disekitar Shah Alam, ni patik ingin berkongsi pengalaman menikmati keenakan menu tersebut di Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill.

Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni menyediakan ruang tempat makan yang berhawa dingin dan juga berkonsep terbuka yang terletak diluar restoran. Kiranya kalau korang inginkan ruang yang santai, ruangan terbuka adalah lebih baik.

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Ruangan berhawa dingin

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Ruangan terbuka 

Bila sebut steamboat dan grill, patik pasti korang akan dibanjiri dengan pelbagai jenis bahan untuk membuat steamboat & grill tersebut termasuklah pelbagai jenis sayuran, mee, bahan untuk direbus yang boleh patik anggarkan lebih daripada 100 jenis menu.

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis sayuran

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis mee

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
Pelbagai jenis bebola dan juga makanan laut lain

Selain menu untuk steamboat & grill, mereka juga menyediakan menu goreng-goreng dan lauk tambahan untuk korang nikmati. Antara menu yang disediakan adalah mee goreng, bee hoon goreng, nasi goreng kampung, keropok ikan, rendang ayam dan juga beberapa menu lain. 

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Bagi korang yang gemarkan daging kambing, mereka juga menyediakan kambing bakar dan semua

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Oh yaaa. Sedikit informasi tambahan. Sepanjang bulan Februari 2017 ini, Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ada menyediakan PROMOSI kepada para pengunjungnya di mana harga yang ditawarkan adalah:

Isnin hingga Khamis 
RM 28.90 untuk dewasa
RM 12.00 untuk kanak-kanak

Jumaat hingga Sabtu 
RM 35.00 untuk dewasa 
RM 18.00 untuk kanak-kanak

Tetapi pada hari Ahad iaitu 'Sunday Family Day', HARGA RUNTUH diadakan.
RM 22.90 untuk dewasa 
RM 9.90 untuk kanak-kanak

D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM

Bagi korang yang merasai steamboat & grill disini, korang boleh terus kesana atau ini patik ada sediakan sedikit maklumat untuk membantu korang kesana.


Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam

Waktu Operasi : 
 5.00 petang – 2.00 pagi


Nombor Telefon : 
0355234979 / 012-2971091

Facebook : 
Steamboat BBQ D’Kayangan

Email : 
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my


You Might Also Like

0 komen