PAK PONG SEBUAH FILEM KOMEDI FANTASI



PAK PONG SEBUAH FILEM KOMEDI FANTASI | Tempoh hari patik telah berpeluang untuk menonton filem pertama arahan daripada Fauzi Nawawi berjudul Pak Pong. Filem yang memakan masa 5 tahun ini akhirnya menemui penonton pada 23 Feb 2017 nanti.

SINOPSIS FILEM PAK PONG

Filem Pak Pong ini mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri. Bagaimana pengakhirannya? Korang kena tengok sendiri dipawagam terdekat.


Filem yang bergenrekan fantasi komedi ini merupakan arahan sulung dari Fauzi Nawawi. Watak 'Muda' lakonan Hairul Azreen adalah peneraju utama dalam filem ini.  Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Fauzi Nawawi, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Izreen Azminda dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.

REVIEW DUNIA PATIK 

Secara keseluruhan ini adalah filem pertama arahan Fauzi Nawawi dan ianya telah disimpan selama 5 tahun sebelum ditayangkan. Apa yang boleh patik berikan adalah penambahbaikan untuk bahagian CGI yang boleh kita nampak terlalu teknikal. 

Pelakon semuanya berpengalaman dan jalan cerita tiada masalah bagi patik dan filem agak ini menghiburkan untuk tontonan korang semua. Apa pun patik seronok memonton setiap babak yang ditonjolkan. 


Jadi patik berikan

3 / 5
BINTANG

Selamat berjaya untuk filem Pak Pong ini !!



Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen