STREET CHURROS BUKA CAWANGAN BARU DI BERJAYA TIMES SQUARE

Wednesday, February 01, 2017

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

STREET CHURROS BUKA CAWANGAN BARU DI BERJAYA TIMES SQUARE  | Makanan luar yang datang masuk ke Malaysia telah menjadi fenomena didalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

Bila dah terlalu banyak makanan / minuman / manisan luar yang datang masuk  ke Malaysia ni, patik sebagai pelanggan rasa sangat seronok sebab banyak pilihan yang boleh dicuba dan itu yang sangat patik gemari. Hahahaha

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Terbaru patik telah mencuba manisan yang dibawa khas dari Korea iaitu selesksi churros dibawah jenama Street Churros. Berlokasi di Lower Ground (LG) Berjaya Times Square berhampiran dengan tangga muzik, outlet terbaru dari Street Churros telah dibuka. 

Untuk pengetahuan korang, Street Churros ini adalah sebuah jenama yang sangat popular di Korea dan melalui penceritaan rakan blogger patik, Street Churros ini hanya terdapat di tepi-tepi jalan disekitar Korea dan di Malaysia ianya dibina dengan element yang boleh patik kelaskan sebagai urban dan sesuai untuk masyarakat Malaysia yang gemarkan kecantikkan. 

Apa yang menarik di Street Churros ni haa? Jom patik kongsikan.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Terdapat pelbagai jenis churros yang boleh korang pilih iaitu Churros, Filling-Chu dan Ah-Chu. Untuk pengetahuan korang resepi churros ini adalah asli daripada Korea dan ianya dimasak terus dan dihidangkan terus kepada anda.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Orang Malaysia ni kalau sebut masak panas-panas memang sangat menjadi kegilaan. Begitu juga dengan Street Churros ini. Hehe

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Sebenarnya ini adalah pertama kali patik nak cuba rasa sejak jenama ini dibuka di IOI City Mall Putrajaya tempoh hari since rumah patik memang dekat dengan IOI City Mall Putrajaya tu haaa. Tapi bila sudah alang-alang datang ke Berjaya Times Square ini, patik pun sempat mengambil peluang untuk mencuba kesemua pilihan yang ada.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Churros - RM 4.90

Churros yang dibentuk dengan bentuk ladam kuda ini datang dengan 3 perasa yang ada iaitu perasa Cinnamon, Cheese dan juga Chocolate. Secara peribadi patik lebih gemarkan perasa Chocolate.

Selain boleh dimakan begitu sahaja, korang boleh memilih 4 jenis pencicah samada Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Butterscotch sebagai penambah rasa dengan harga setiap satunya RM 1.50.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Filling Churros - RM7.90

Filling Churros ini adalah sama seperti churros yang biasa tetapi churros ini diisi ditengahnya dengan filling. Terdapat 3 jenis filing yang ada iaitu Chocolate, Cream Cheese atau Custard.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Ice Cream Churros - RM 7.90 - RM 8.90

Kombinasi yang terbaik antara panas dan sejuk, dimana churros yang panas selepas dimasak tadi digabungkan dengan aiskrim ais krim yang sejuk. Memang terbaik! Ianya datang dengan 4 pilihan perasa iaitu  Original, Choco Choco, Choco Berry dan Mango.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
O'My Coconut dan O'My Mango  - RM 9.90

Bagi korang yang gemarkan minuman berkonsepkan milk shake, O'My coconut dan O'My Mango adalah pilihan terbaik. Patik tak sempat untuk rasa milk shake ini tapi patik gemarkan jenis O'My Coconut sebab patik suka minuman berasakan buah kelapa.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE
Korean Citreon Ade, Lemonade, Passionfruitade - RM 7.90

Selain itu minuman campuran soda dan juga buahan segar juga disediakan antaranya Korean Citron Ade, Lemonade, Passionfruitade. Sangat segar ok !!

Patik lebih suka dengan minuman Passionfruitade yang sangat segar bila korang dapat rasa sendiri. Dengan rasa hampas daripada buah markisa tu membuatkan korang akan lebih merasai buah markisa yang jarang kita rasa. 

Oh yaaaa selain minuman yang berasakan Ade dan juga milk shake, patik boleh cadangkan korang merasai minuman seperti Americano, Cafe Latte, Spanish Latte, Milk Tea, Chocolate, Green tea dan Passion Fruit Peach Tea dengan harga lingkungan RM5.90 sehingga RM 8.90. Sangat berpatutan kan?!! Hehe.

STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE

Secara keseluruhan, patik sukakan rasa Street Churros yang menampilkan pelbagai pilihan rakyat Malaysia.


Bagi korang yang ingin merasai pelbagai jenis churros dan juga minuman di Street Churros, korang boleh datang terus ke cawangan terbaru Street Churros, Berjaya Times Square.


STREET CHURROS
Lot LG-36, Lower Ground Floor Central
Berjaya Times Square

Land Mark:
Berhampiran tangga piano


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<






You Might Also Like

0 komen