BENARKAH RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH SELEPAS DIKECAM?

Thursday, March 30, 2017

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

BETUL KE FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH? Tahun lalu kecoh apabila Restoran milik Fizo Omar dan Mawar iaitu FizoMawar Kitchen yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi itu telah menjadi viral dek penulisan seorang blogger kerana khabarnya menu yang diberikan sangat tidak berbaloi dan perkhidmatan layanan yang boleh dikatakan sangat teruk.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Sebenarnya apabila kisah tu hangat diperkatakan, patik telah datang bersama blogger Mawardi Yunus dan juga Penaberkala untuk merasai apa yang diperkatakan oleh blogger tersebut. Jujur patik kata apa yang dikatakan oleh penulis blog tersebut memang benar. Mungkin baru dalam dunia perniagaan makanan & minuman jadi agak kurang memuaskan dari semua segi. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Selepas setahun kisah tu berlalu, patik sekali lagi datang ke restoran ini sebagai "orang awam" kerana ingin melihat bermula dari menjemput tetamu masuk kerestoran, ambil order, menyediakan makanan dan akhir sekali sesi penghantaran menu yang ditempah. Itu biasanya kriteria yang akan patik lihat apa bila membuat dan memberikan pendapat terhadap sesebuah restoran. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Berbalik kepada kisah Restoran Fizomawar Kitchen ni, tempoh hari tiba-tiba patik rasa nak singgah untuk cuba 2, 3 jenis menu yang ada disini. Nak tengok adakah pembaharuan terhadap komen viral dahulu sudah ditambah baik atau sebaliknya. Jadi jom bersama patik.

Untuk kali ini patik telah datang lebih kurang jam 2.00 petang dimana waktu ini adalah boleh patik katakan waktu puncak bagi sesebuah kedai makan. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Perasaan pertama bila patik masuk ke restoran ini adalah keadaan restoran yang agak berlainan daripada setahun lalu dan penyambut tetamunya menjemput dengan baik. Itu ekspresi pertama patik sebagai "orang awam" dan bukan sebagai blogger. 

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI

Ini adalah menu yang menjadi pilihan patik untuk makan tengahri pada hari tersebut. Untuk pengetahuan korang menu yang terhidang ini adalah menu yang menjadi pilihan tekak patik sendiri dan bukan dari kaca mata pemilik restoran. Jadi menu Nasi Rebus, Kau Mok Khai, Tomyam Bangkok, Daging Salai dan minuman seperti Mojito, Ice Green Tea, Chocolate Blanded, Grape Smoothy & Sweety Mawar. Untuk manisan mulut patik memilih Kuih Akok sebagai penutup.

Untuk pengetahuan korang. selalunya bila patik dan rakan blogger lain datang untuk membuat ulasan untuk restoran, pemilik restoran akan mengeluarkan menu yang dipanggil "terbaik" bagi mereka untuk kami blogger merasainya. Tetapi kali ini tiada siapa tahu akan kehadiran patik.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Nasi Rebus
Nasi Rebus ini atau boleh patik panggil nasi kukus ini uniknya pada ayam goreng berempah bagi patik sebab sangat rangut dan memang sedap dimakan begitu saja. Ditambah pula dengan kuah kari yang memang berempah. Menang kena dengan tekak patik yang sukakan pedas. Ini terbaik !

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Kau Mok Khai
Kau Mok Khai ini juga enaknya pada ayam goreng yang digoreng panas dan ditambah dengan nasi basmathi yang asli dari Thailand. Patik sempat menjamah semulut dua dan rasanya memang sedap ditambah dengan sos yang dikatakan homemade dan bukan dari botol sos yeee. Hehehe

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Set Tomyam Bangkok
Set Tomyam Bangkok ini bagi patik memang terbaik sebab portion dia memang besar dan itu yang patik suka. Kemudian rasa tomyam dia memang korang tak boleh dapat dikedai-kedai makan melayu rasenya dengan kepekatan kuahnya dan rasanya memang korang akan bayangkan berada di Thailand.

Khabarnya menu ini adalah asli dari Bangkok dan memang telah diturunkan kepada Fizo sendiri untuk meneruskan di Malaysia. Memang sedap !!

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Daging Bakar
Daging Bakar ini memang menjadi pilihan tekak patik sebab kelembutan dagingnya yang memang sangat empuk dan dibakar dengan rempah yang memang sedap dan dapat pula dicecah dengan sos yang dicipta sendiri.

Apa yang diberitahu, sos yang disediakan tu dicampurkan dengan beras bakar dan bila kita nak cicah dagging bakar tu, kita kena makan sekali dengan beras tersebut. Baru kena orang kata. Hehehe

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Ice Green Tea, Mojito &Chocolate Blanded

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Grape Smooty & Sweety Mawar
Untuk minuman pula, patik telah cuba 5 jenis minuman iaitu Ice Green Tea, Mojito, Chocolate Blanded. Grape Smooty dan juga Sweety Mawar.

Sebenarnya dulu minuman ni ada sedikit masalah bagi tekak patik kerana terlalu manis bagai boleh potong kaki patik katakan. Sangat manis dan kali ini mereka lebih berhati-hati kerana mungkin sudah ramai yang memberi komen terhadap minuman ini.

Yang paling patik suka adalah Mojito dan juga Grape Smoothy ni haaa. Memang sedap dan patik suka laa senang cite. Hahaha

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI
Kuih Akok
Kuih Akok bila dimasak panas-panas menang sedap woooi. Untuk kali ini kuih akok ni memang segar dari oven boleh patik katakan. Rasa dia memang asli dari Kelantan.

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI


Secara keseluruhan banyak yang sudah berubah bermula dengan keadaan restoran, servis yang diberikan dan juga menu yang sudah sedap dan menepati tekak patik.

Berikut adalah kesimpulan ulasan patik bagi Restoran Fizomawar Kitchen yang mungkin boleh membantu korang mencari lokasi makan-makan berkonsepkan masakan Thailand. 

Makanan: 
Sesedap tekak patik sebagai pelanggan

Harga: 
Ada yang murah dan ada yang mahal (korang kena tengok pada bajet korang)

Minuman:
Manis-manis buah (kalau dulu memang boleh potong kaki manisnya)

Persekitaran:
Ruang resotran bersih dan tersusun kemas

Pekerja:
Ramah & agak pantas dalam kerja


Bagi korang yang ingin merasai menu yang berkonsepkan masakan asli Thailand, korang boleh datang dan cuba rasa sendiri makan dan bersantai di Restoran Fizomawar Kitchen yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi


FIZOMAWAR KITCHEN
Website : No 7& 9, Jalan 8/1 Seksyen 8
Bangi, Malaysia

Telefon:
019-908 0909


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen