REVIEW TELEFON GT MOBILE GT-888 KELUARAN SINGAPURA

Friday, March 17, 2017

TELEFON GT MOBILE


REVIEW TELEFON GT MOBILE GT-888 KELUARAN SINGAPURA | Sebagai blogger dan juga rakan social media influencer, patik sebenarnya patik amat memerlukan telefon pendua sebagai memudahkan kerja patik didalam kerja seharian.

Kebetulan baru-baru ini patik telah menerima sekotak barang dari jauh dan ibarat kata pepatah "bagai orang mengantuk disorongkan bantal", patik telah menerima telefon jenis android dibawah jenama GT Mobile

TELEFON GT MOBILE

Selepas mentelaah segala apa yang ada didalam kotak, patik telah menerima set telefon jenis android berwarna kelabu. Agak cantik warnanya dan juga bentuknya yang patik sangat suka sebab mudah digenggam dan skrin yang luas bersaiz 5.5 inci yang sangat selesa untuk segala aktiviti dan menonton video. 

TELEFON GT MOBILE

Sistem bunyi bagi GT Mobile GT-888 ini bagi patik agak memuaskan bila patik memainkan sebarang laju atau video. Tidak terlalu nyaring dan boleh patik katakan secukup rasa.

TELEFON GT MOBILE

Mempunyai sistem kamera 8.0MP 4th Generation Camera OV8865 yang boleh patik anggapkan sebagai baik untuk si kaki gambar. Jujur patik rasa yang kamera daripada telefon ini memang menghasilakn gambar yang sangat cantik lebih-lebih lagi sekiranya pencahayaan yang cukup.

Banyak gambar didalam blog patik ini menggunakan 100% kamera daripada GT Mobile GT-888 ini haaa. Memang sangat memuaskan hati patik sebagai pengguna. 

TELEFON GT MOBILE

Selain sistem kamera yang best, bateri yang berkekuatan 2550 mAh ini sangat cepat untuk dicas. Ianya memakan masa lebih kurang 30 minit untuk mengecas secara penuh bateri tersebut. 

TELEFON GT MOBILE

Selain itu lubang pengecasnya yang terletak diatas dan juga lubang pengambung eyephone yang terletak bersebelahan memudahkan patik untuk membuat live sambil mengecas telefon. 

TELEFON GT MOBILE

Butang on off dan juga pelarasan bunyi juga berdekatan dan memudahkan patik sebagai pengguna telefon GT Mobile GT-888 ini. 

TELEFON GT MOBILE

Selain itu telefon ini mempunyai dual sim kad bagi memudahkan patik yang menggunakan lebih dari 1 nombor unutk berhubung. Jadi patik tidak perlu untuk membawa lebih daripada 1 telefon dalam kegiatan harian patik.  

SPESIFIKASI GT MOBILE GT-888

Secara kesimpulannya, apa yang patik boleh simpulkan berkenaan spesifikasi telefon GT Mobile GT-888 adalah seperti berikut:

Model : Metal Grey
Dimensions : 158.9 x 77.5 x 8.6
Weight : 160gb
Operating System : Pre-Install Android 5.1 Lillipop
CPU : 64 Bit MTK MT6735P processor quad core 1.0CHz CPU
GPU : Mali T720-Mpl 600 Mhz
RAM : 2GB / 1 GB
ROM : 16GB
Battery : 2550mAh
Charging : Fast Charging

Size : 5.5 inch
Resolution : HD 1280*720 pixels
Type : IPS OGS (New 2.5D Arc Screen)
Material : Corning  Gorilla Glass 3

Rear Camera : 8.0MP 4th Generation Camera OV8865
Front Camera : 5.0 MP  OV5648
Video :  1080p , 2K , 4K

Network : GSM , WCDMA, FDD-LTE
Sim : Dual Sim, Micro Sim, Standard Sim
WiFi : Wifi 802.11 a/b/g supports dual band wifi (2.4Ghz/5Ghz)
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Positioning : GPS, A-GPS, Digital Compass,  Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor


TELEFON GT MOBILE

Rasanya itu sahaja perkongsian untuk telefon android daripada GT Mobile GT-888 untuk bahan bacaan korang diluar sana. Manalah tau sekiranya korang nak beli ke kan, ini adalah pandangan patik untuk telefon tersebut. Harap berguna laa yee


Kredit gambar: www.amirnawawi.com

You Might Also Like

0 komen