TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA

Thursday, March 16, 2017

TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA

TIPS JIMAT NAIK TRAIN ERL KE KLIA | Kalau korang perasan sejak 1 Januari 2016, harga tiket tiket train ERL telah dinaikkan dari RM 35 ke RM 55. Bila kenaikan ini berlaku sudah tentu pengguna tegar perkhidmatan awam ini akan terasa lebih-lebih lagi korang yang kaki travel kan?

Untuk kali ini patik nak berkonsi satu tips yang boleh patik kelaskan sebagai jimat yang secara jujurnya patik sendiri sudah cuba praktikkan setiap kali ingin travel mengunakan train ERL sebagai pengangukutan utama ke KLIA atau KLIA2.

Selain tidak menyusahkan orang yang menghantar ke KLIA / KLIA2 yang patik anggap sangat jauh dari rumah patik, ianya sebenarnya boleh menjimatkan wang dan juga masa memandu anda kesana. 

Bagaimana caranya? Ini adalah caranya.

  1. Dari KL Sentral, korang beli tiket train ERL Transit ke Putrajaya. (Kos RM 14.00)
  2. Setiba di stesen Putrajaya, korang keluar dari dan beli tiket ke KLIA /KLIA2. (Kos RM 9.40) 
  3. Tunggu train ke KLIA / KLIA2 yang mengambil masa menunggu dalam 10 - 15min. 
  4. Tiba di KLIA / KLIA2 dengan selamat dan lebih jimat

Penjimatan yang sangat berbaloi iaitu  RM 14 + RM 9.40 = RM23.40 sekiranya korang menaiki train ERL transit berbanding train ERL yang jenis direct yang memakan kos RM 55. Jadi korang boleh jimat sebanyak lebihi 50% iaitu RM31.60.

Korang hanya perlu korbankan masa menunggu dan masa korang terbayar dengan penjimatan yang sangat berbaloi dengan kaedah yang patik praktikkan ini.

Jadi apa tunggu lagi. jom praktikkan yee. Hehehe.


You Might Also Like

0 komen