SEDAP SANGAT KE WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER NI?

Saturday, April 29, 2017

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

SEDAP SANGAT KE WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER NI? | Bila sebut waffle jee, patik sudah membayangkan waffle patik nanti akan berperisa coklat dan juga peanut butter dan bila dimakan bersama makkk oii sangat mengiurkan ok campuran coklat dan juga peanut butter

Sebenarnya patik adalah salah seorang yang meminati waffle dan juga apa jenis coklat. Patik suka waffle bila dimakan panas-panas. Itu adalah keadaan waffle yang dijual dikiosk. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Bila menyinggah di sebuah restoran yang diberi nama WAFFLEMEISTER yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar, patik bagai teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan ianya adalah waffle dan crepe yang khabarnya menggunakan coklat yang terbaik dari Belgium. Sedap ke tak? Jom patik kongsikan.  

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Untuk pengetahuan korang, Restoran WAFFLEMEISTER ini fokus kepada menu pencuci mulut seperti waffle, crepe dan juga minum seperti kopi premium yang sesuai dimakan bersama waffle dan juga crepe. Memang terbaik !!

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Seperti yang patik katakan tadi, Restoran Wafflemeister ini fokusnya adalah pada pencuci mulut seperti waffle, crepe serta kek dan juga minuman shake, kopi dan juga coklat

Yang menarik bila korang datang menikamati menu disini korang akan rasa bagai dihargai. Kenapa patik berkata demikian? Sebabnya ini laaa.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Korang yang datang untuk merasai menu disini, mereka akan menyediakan piring/pinggan yang tertera nama korang diatasnya dengan menggunakan bukan sebarang jenis coklat yee. Coklat mereka adalah didatangkan khas dari Belgium. Patik terus rasa macam dimanjai walaupun hanya dengan terukir nama patik 'Ahmad Fauzi Aryaan' heheheh. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Untuk makluman korang, penyediaan makanan dan minuman disini adalah secara segar dimana pekerja akan menyediakan apa yang korang minta. Jadi tiada istilah penyediaan menu secara awal berlaku. 

Seperti awal yang katakan mereka fokus pada penyediaan waffle, kek dan juga crepe dan ni adalah antara menu waffle dan juga crepe yang patik order. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Marsh mellow Surprise

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Strawberry Heaven

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Cream & Cookies

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Dream Team

Uniknya penyediaan waffle disini adalah mereka menggunakan doh dan adunan doh ini juga mengandungi 'pearl sugar' dimana ianya akan menghasilkan lapisan karemel dan kerangupan diluar dan lembut didalamnya bila korang mengunyahnya. Kira akan krakk krukk laa bunyinya bila korang mula mengunyah. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Berbanding waffle yang sedia patik kenali, ianya menggunakan bancuhan berbentuk cecair sebelum menjadi waffle yang empuk. 

Jadi korang dapat bayangkan bagaimana seketul doh yang diadun dengan 'pearl sugar' tadi menjadi waffle dan rangup. Kemudian dimandikan dengan pelbagai topping. Perghhh memang nikmat.

Selain waffle yang patik ceritakan tadi, Restoran Wafflemeister juga terkenal dengan penghasilan crepe yang pelbagai jenis topping. 

Apa yang akan patik kongsikan didalam blog ini adalah antara yang patik sudah cuba dan rasa sendiri. Memang unik dan yang pasti penggunaan coklat yang berkualiti tinggi dari Belgium. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
British Delight 
 Hirisan buah strawberry bersama pilihan samada Dark/ Milk/ White Belgian Chocolate

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
The Miester 
Dulce De Leche, Belgium Coklat Susu dan taburan kekacang

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Nutella
Sapuan coklat Nuttela dan juga Krim

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Banofee 
Hirisan pisang, Caramel, Sedikir taburan Biskut Halia dan Krim

Oh yaa lupa patik nak kenalkan minuman Thick Shakes yang menjadi antara signature Restoran Wafflemeister ni haa. Antara yang menajdi pilihan pengunjung adalah 4 jenis ini iaitu Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes. 

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER
Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes

Bagi korang yang suka akan ais krim, disini juga menyediakan pelbagai jenis ais krim atau lebih dikenali sebagai Gelato. Bagi patik beza ais krim dan Gelato adalah teskture Gelato adalah lebih halus berbanding ais krim biasa.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Pelbagai jenis Gelato yang korang boleh cuba samada didalam bentuk cawan atau pun dalam bentuk kon. Tapi patik lebih suka makan berama kon yang lebih rangup bila patik kunyah, hehehe.

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Korang nak cuba menu waffle dari Restoran Wafflemeister ni? Ni patik nak kongsikan yang mereka mengadakan promosi "Waffle Wednesday" dimana kesemua waffle yang orang tempah akan mendapat diskaun 30%. 

Ianya hanya berlaku pada SETIAP HARI RABU SAHAJA! Hanya untuk WAFFLE SAHAJA yee dengan diskaun 30%. Wowww banyak tu ok !!

WAFFLE DI RESTORAN WAFFLEMEISTER

Bagi korang yang ingin merasai seleksi menu waffle, creepe dan juga minuman shake mereka, korang boleh datang terus ke Restoran Wafflemeister yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar yee. Ini ada informasi yang patik boleh kongsikan untuk penduan korang kesana. 


WAFFLEMEISTER 
7, Jalan Telawi 3, 
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon:
+603 2202 1817

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<





You Might Also Like

0 komen