TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA

Friday, April 21, 2017


TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA | Tak sangka pejam celik TONTON sekali lagi akan menyambut ulangtahun mereka dengan mengadakan Konsert Jom Tonton yang akan diadakan pada Sabtu, 22 April 2017, Sabtu esok ni haaa. 

Dengarnya banyak artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya Kumpulan Forteen, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.


Selain persembahan artis, sambutan ulang tahun ini juga turut diadakan bazar jualan bagi memeriahkan majlis ulangtahun TONTON ini. 


Dengan tagline "Tonton Macam VIP", majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ratu Tonton iaitu Dato Seri Vida dan juga duta Tonton seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack. 

Jadi apa tunggu lagi, jom set masa korang untuk datang ke The Curve Mutiara Damansara dan memeriahkan Konsert Jom Tonton hujung minggu ini.



Tarikh: 
22 April 2017 (Sabtu)

Tempat: 
The Curve Mutiara Damansara

Masa:
10.00 pagi - 10.00 malam (Konsert & Jualan Bazaar)


InsyaAllah patik akan hadir dan memeriahkan Konsert Jom Tonton ini. Jommm kite layan. Patik tak sabar untuk melihat Wany Hasrita secara depan-depan. Mesti meremang dengan nyanyian secara langsung daripada beliau. 


You Might Also Like

0 komen