CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Tuesday, May 30, 2017

 KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK


CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK | Tempoh hari semasa Jelajah Kesultanan & Warisan Melayu Perak patik telah berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di Homestay Labu Kubong yang diusahakan oleh penduduk sentempat dikawasan tersebut.

Pengalaman selama 2 hari 1 malam berada di Homestay Labu Kubong memberi suatu pengalaman yang boleh patik kategorikan sebagai kenangan yang menggembirakan. Mana tidaknya pelbagai aktiviti yang disusun oleh penduduk kampung disana.

Ada satu aktiviti yang paling patik pernah idam-idamkan adalah mempelajari cara melipat sarung kuih limas

 KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Bahan yang diperlukan adalah daun pisang yang telah disalai dan juga stapler untuk mengemaskan sarung kuih limas itu tadi. Baru patik tahu kuih limas ini menjadi alah satu kuih tradisi bagi masyarakat Negeri Perak

 KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Benda yang paling penting untuk membuat sarung kuih limas ini adalah kotak kayu ini. Sekiranya korang tiada kotak ini, korang boleh menggunakan kotal mancis atau apa jua yang berbentuk petak. Jadi sarung kuih limas korang akan kelihatan sekata bila semuanya siap dilipat. 

 KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Yang seronoknya apabila aktiviti ini dilakukan secara beramai-ramai dengan pengusaha Home Stay Labu Kubong. Sambil melipat sarung kuih limas, sesambil kita menyembang cerita macam-macam perkara termasuklah kisah misteri yang ada disini. Hehehe

 KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Tadaaa sarung kuih limas telah siap sedia sebelum bancuhan kuih dibuat, Sebenarnya tidak susah untuk membuat sarung kuih limas ini. Kalau korang hebat dalam bab membungkus hadiah, ianta boleh diaplikasikan bila melipat sarung kuih ini. 

Lepas ni kuih yang biasanya kita lihat dipasar malam lagi-lagi dalam bulan ramadan 2017 ini bagai memanggil untuk suruh korang beli dan bawa balik kerumah. Hahahaha. 



-TERIMA KASIH-



You Might Also Like

0 komen