GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK MENYIMPAN KHAZANAH KESULTANAN NEGERI PERAK

Monday, May 29, 2017

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK MENYIMPAN KHAZANAH KESULTANAN NEGERI PERAK | Apa yang digunakan, apa yang dipakai, bagaimana pendidikan insan yang bergelar Raja dan Sultan di Negeri Perak? Jom bersama patik menyelusuri kisah Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak yang menyimpan khazanah kesultanan Negeri Perak. Cengituuu pembuka entri patik untuk kali ini. Hehehe.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Tempoh hari semasa program Jelajah Kesultanan dan Tradisi Melayu Perak, patik berpeluang melihat sendiri sebuah galeri yang menyimpan segala khazanah kesultanan Negeri Perak. Sangat teruja ok untuk melihat keistimewaan sultan di negeri lain. Galeri Sultan Azlan Shah adalah lokasi yang patik maksudkan. Bangunan yang tersergam indah kini menjadi sebuah muzium yang menyimpan khazanah kesultanan Negeri Perak

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Di sini korang bukan sahaja boleh melihat barangan peribadi pemerintah, tetapi belajar sejarah kehidupan mantan Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Berbeza dengan sultan-sultan lain di Malaysia, baginda terkenal sebagai antara sultan paling terpelajar dan mahir dalam hal ehwal undang-undang. Baginda bukan sahaja seorang sultan, malah juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara termuda di negara ini pada ketika itu. 

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Beliau melepaskan jawatan kehakiman tertinggi di negara ini apabila dilantik menjadi Sultan Perak, menggantikan Sultan Perak yang mangkat ketika itu.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Di dalam bangunan yang merupakan bekas istana ini, korang dapat melihat pelbagai koleksi dan sejarah berkenaan Sultan Azlan Shah. Bermula dari bangku persekolahannya sehingga karier baginda sebagai pengamal undang-undang serta minat mendalam baginda terhadap sukan hoki.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Selain itu korang juga boleh melihat cop mohor sultan, alat kebesaran seperti koleksi keris sehinggalah kereta DiRaja dan kereta peronda yang digunakan dalam gerombolan baginda.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Jika korang ingin tahu apa jenama beg atau kasut yang dipakai oleh seorang Sultan, korang wajib datang ke sini. Patik yakin korang akan teruja sebabnya patik pun teruja ok !! Hehehe

SEJARAH GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Untuk pengetahuan korang, bangunan megah ini ada sejarahnya sendiri tau. Mengikut pembacaan patik, dahulu ianya dikenali sebagai Istana Kota Bangunan ini dibina pada tahun 1903 pada zaman Sultan Idris Mursyidul Azam Shah untuk dijadikan istana. Ia direka oleh Kapten Maurice Cameron, dan menggunakan senibina India, Acheh dan Inggeris.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Bahan untuk bangunannya diimport dari Perancis dan Itali disamping batuan-batuan tempatan. Manakala untuk kayu yang diguna, hanya kayu Cengal dan Meranti terbaik digunakan sebagai rangka atapnya.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Sepertimana istana-istana lain di Kuala Kangsar, ia akhirnya ditukar menjadi muzium apabila tidak dihuni lagi oleh pewaris takhta kesultanan Perak.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Banyak barangan peribadi Baginda Sultan Perak disimpan disini sebagai kenangan untuk ditatap oleh rakyat jelata Negeri Perak khasnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Apa yang boleh patik katakan, muzium ini sebuah muzium yang sangat cantik dengan dekorasi indah bekas binaan sebuah istana dahulu. Kadang kala patik cuba membayangkan patik sebagai seorang Sultan yang berjalan-jalan didalam bangunan tersebut. Memang sangat besar dan luas. 

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Apa pun terima kasih kepada pihak Destination Perak dan Tourism Malaysia serta KTM Holiday  yang mengendalikan program Jelajah Kesultanan dan Tradisi Melayu Perak tempoh hari. Program yang sangat bermanfaat dan rasa sangat terharu menjadi salah seorang yang mengikuti program ini. 

GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR PERAK

Bagi korang yang datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa untuk meluangkan masa melihat sendiri apa yang ada di Galeri Sultan Azlan Shah yang patik pasti korang pasti teruja. Berikut patik sediakan informasi berkenaan Galeri Sultan Azlan Shah ini. 

Harga Tiket:
Dewasa : RM 4
Warga Emas : RM 2
Pelajar : RM 1

Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis : 10.00 pg – 5.00 ptg
Jumaat : 10.00 pagi – 12.15 tgh
Dibuka semula 2.45 ptg – 5.00 ptg

Telefon:
+60 5-777 5362

PERINGATAN: 
PENGUNJUNG DILARANG MENGAMBIL GAMBAR




>> WEBSITE <<




You Might Also Like

0 komen