GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA UNTUK PENGGEMAR KEK DAN PASTRI

Thursday, May 04, 2017

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA UNTUK PENGGEMAR KEK DAN PASTRI | Patik ni jenis yang suka mencuba kek dan pastri dan pantang sekiranya ada outlet yang mempromosikan kek dan juga pastri. Terbaru patik telah mencuba kek dan pastri daripada Gula Petite yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.

KEPELBAGAIAN JENIS KEK DAN PASTRI DI GULA PETITE 

Menariknya di Gula Petite IOI City Mall Putrajaya adalah terletak pada kepelbagaian jenis kek dan pastrinya. Korang kalau tengok pasti akan mengundang kekecuran air liur. Hehehe.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Bila berkenalan dengan pemiliknya iaitu Cik Arieni barulah patik tahu yang minat beliau pada dunia membuat kek dan pastri bermula apabila beliau minat untuk membantu neneknya membakar kek dan lama kelamaan selepas semakin mahir dalam pelbagai ilmu masakkan.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Arieni tampil dengan Gula Bakery yang mana beliau membuat kek berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Dari situ la bermulanya sejarah perniagaan dalam pembuatan kek dan pastri dan akhirnya akademi Gula Guru juga diperkenalkan untuk kanka-kanak dan juga dewasa bagi yang ingin mempelajari teknik membuat kek dengannya. 

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Apa yang patik difahamkan, dalam banyak-banyak jenis kek dan juga pastri, Kek Pandan Gula Melaka menjadi pilihan orang ramai yang datang samada di Kafe Gula Petite dan juga Gula Cakery.

MAJLIS PEMBUKAAN GULA PETITE DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Kesinambungan dari Gula Cakery sedia ada di Shah Alam, pemiliknya Nor Arieni telah bercadang untuk menambah satu lagi outlet yang bersaiz kecil di IOI City Mall Putrajaya diberi nama Gula Petite

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Kafe Gula Petite telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh tempoh hari. Menurut Arieni, kafe yang baru dibuka ini berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich, minuman panas dan juga minuman sejuk.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Untuk pengetahuan korang, beza antara Gula Cakery dan juga Gula Petite adalah terletak pada menunya. 

Di Gula Cakery mereka menghidangkan menu seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara, dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa. 

Manakala di Gula Petite, hanya pelbagai jenis kek dan juga pastri serta minuman panas dan sejuk SAHAJA yang disediakan untuk pelanggan. Setiap hari mereka akan memastikan sebanyak 13 jenis kek terhidang di kafe. 

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Pada masa yang sama, mereka juga melancarkan buku nota resepi yang turut memuatkan beberapa resepi menu 'signature' Arieni. Kepada pelanggan terawal, korang akan mendapat harga diskaun iaitu RM 75 berbanding harga sebenar RM 85 dan terdapat 9 resepi didalamnya.

GULA PETITE IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Bagi korang yang ingin merasai kek dan pastri yang ada di Kafe Gula Petite, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Gula Petite 
IOI City Mall, Putrajaya

Landmark: Berdekatan dengan kawasan Ice Skating

Email: hello@gulacakery.com


 >> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<



You Might Also Like

0 komen