MENDEKATI ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Friday, May 26, 2017

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

MENDEKATI ISTANA KENANGAN KUALA KANGSAR PERAK | Pertama kali patik mendekati Istana Kenangan Kuala Kangsar Perak ini semasa program Jelajah Kesultana & Tradisi Melayu Perak tempoh hari rasa sangat teruja.

Perasan sangat  teruja bertukar sedih kerana Istana Kenanganini telah DITUTUP KEPADA UMUM atas sebab proses membaikan yang masih didalam pembikinan.

Walau bagaimanapun, rombongan kami telah diberi keizinan untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bangunan yang pernah menjadi dibina secara teliti oleh orang melayu.

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Istana Kenangan yang terletak di Kuala Kangsar, tidak jauh dari Galeri Sultan Azlan Shah merupakan contoh hasil tangan orang melayu pada suatu ketika dahulu. Apa yang patik lihat sendiri, hasil kerjanya yang sangat halus dan sangat menunjukkan perincian orang melayu dengan ukiran yang sangat halus dan teliti. 

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Melalui pembacaan patik >> DISINI<<, Istana Kenangan ini dibina pada tahun 1926 untuk Sultan Iskandar Syah oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Encik Sepian. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Lembah disebabkan oleh lokasinya yang berhampiran dengan lembah Sungai Perak.

Ia dijadikan kediaman rasmi sementara bagi keluarga diraja Perak dari 1931 sehingga 1933, sementara menanti Istana Iskandariah siap. Selepas siapnya istana baru ini, Istana Kenangan telah digunakan untuk majlis diraja dan sebagai tempat persinggahan tetamu diraja.

Mulai tahun 1986, fungsi istana ini telah ditukar dari istana kepada muzium DiRaja Perak.


KEUNIKKAN BINAAN ISTANA KENANGAN


ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Yang menambah keterujaan patik dan rakan lain adalah, istana dua tingkat ini dibina TANPA menggunakan sebarang paku dan ianya kukuh berdiri sehingga kini. Dindingnya diperbuat daripada tepas dan atapnya diperbuat dari kayu papan. 

Jika dilihat dari atas, bangunan ini akan kelihatan seperti sebilah keris yang tersimpan dalam sarungnya — sesuai dengan fungsinya sebagai istana DiRaja.

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Walaupun ianya masih mempunyai bahagian-bahagian yang masih sama seperti waktu ianya adalah sebuah istana. Segala alat-alat kebesaran di sini telah dipindahkan ke muzium atas faktor keselamatan.

ISTANA KENANGAN, KUALA KANGSAR PERAK

Untuk pengetahuan korang, Istana Kenangan ini TIDAK LAGI DIBUKA kepada orang awam atas sebab proses pembaikan. Jadi korang yang ingin bergambar hanya boleh mengambilgambar daripada luar pagar kawasan saja yee. 

Semoga perkongsian patik ini memberi sedikit informasi berkenaan Istana Kenangan Kuala Kangsar Perak sebagai bahan rujukan korang dimasa hadapan. Apa pun hargai warisan kita orang melayu daripada hilang dan terus pupus dek zaman. 



-TERIMA KASIH-


You Might Also Like

0 komen