PENGALAMAN CABUT GIGI DI HOSPITAL KAJANG

Thursday, May 25, 2017


PENGALAMAN CABUT GIGI DI HOSPITAL KAJANG | 24 Mei 2017 merupakan pengalaman yang akan patik kenang mungkin sampai bila-bila kerana ini adalah pengalaman yang patik sendiri tidak pernah menyangka. Pengalaman cabut gigi di Hospital Kajang adalah suatu pengalaman yang patik udah rasai sendiri. 


Kenapa patik memilih hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan gigi? Sebabnya kalau korang perasan, sekiranya kes korang itu agak besar, akhirnya klinik swasta mana sekali pun akan membawa kes korang ke pihak hospital dan hospital yang bertanggungjawab adalah hospital kerajaan. 

Jadi patik mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital kerajaan selain harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan klinik swata. 


Temu janji yang telah dibuat oleh pihak klinik pada 24 Mei 2017 jam 8.30 pagi. Atas sebab tertentu patik telah sampai agak lewat di klinik Hospital Kajang ini haaa. Perkara yang patik puji di Klinik Orthodontik Hospital Kajang ini adalah staf yang bertugas dibahagian kaunter hadapan. Sangat-sangat mesra dan patik sangat senang untuk berada di klinik ini. 


Selesai pendaftaran dengan yuran yang sangat rendah bagi patik iaitu RM5.00 korang sudah boleh bersedia untuk membuat pemeriksaan bersama doktor pakar mereka. Ni kalau klinik luar ni, mau berpuluh ringgit yuran mendaftaran. hehehe. 

Lebih kurang 30 minit menunggu, nama patik dipanggil untuk membuat Minor Oral Surgery (MOS). Oh yaaa lupa patik nak beritahu yang patik ke klinik ini adalah untuk melakukan sedikit pembedahan kecil membuang gigi patik yang paling belakang dimana gigi tersebut membesar secara melintang dan meyebabkan mengganggu tumbesaran gigi lain dan ianya perlu dibuang. 


Proses pembedahan kecil terhadap gigi patik ini dilakukan oleh seorang doktor perempuan yang bagi patik sangat mesra dan agak muda. Akhirnya selepas hampir satu jam proses pembedahan kecil ini dilakukan, Akhirnya gigi yang tumbuh secara tidak normal ini berjaya dikeluarkan. Gigi inilah yang pernah membuatkan patik asyik nak marah dan sebagainyal 

Jadi apa yang boleh patik kongsikan disini adalah stigma orang kita terhadap hospital milik kerajaan yang khabarnya dikatakan teruk dan tidak sesuai dizaman ini. 

Secara jujur patik memang ada stigma tersebut, tapi selepas merasai pengalaman dan juga banyak proses lain yang dilakukan di hospital kerajaan khususnya Hospial Kajang, ini bermakna cara kerja di Hospital Kajang masih releven untuk keperluan masyarakat. 

Apa pun patik beri pujian kepada semua staf bermula dari kaunter depan Klinik Pakar Orthodontik Hospital Kajang sehinggalah kepada doktor yang melayan pesakit termasuklah patik ni haaa. 



-TERIMA KASIH-


You Might Also Like

0 komen