UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 SEDIAKAN BUFFET SEMPENA RAMADHAN 2017

Thursday, May 18, 2017

Lokasi buffet ramadhan di nilai

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 SEDIAKAN BUFFET SEMPENA RAMADHAN 2017 | Sebenarnya patik dan UBE Katering memang tidak boleh dipisahkan kerana patik yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan sekitar akan menggunakan perkhidmatan UBE Katering.

Terbaru baru patik tahu yang mereka memiliki lokasi banquet hall yang besar dan sangat selesa untuk sebarang majlis. Untuk masa terdekat beli didalam rangka promosi untuk buffet ramdhan.

Lokasi buffet ramadhan di nilai

Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan 2017 ini, pihak penganjur telah membuka ruang berbuka berkonsepkan buffer iaitu UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Patik telah dijemput untuk melihat dan merasai pengalaman "berbuka puasa" disini.

Apa yang mereka beritahu, untuk sampai ke UBE Banquet Hall D'Nilai 3 korang boleh menggunakan aplikasi waze dan buat carian atas nama "Ube Banquet Hall Nilai 3".

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke lokasi memakan masa hanya 20 minit. Sangat dekat bagi patik. Bila sampai dihadapan banquet hall mereka, patik sangat berkenan dengan harga yang mereka tawarkan iaitu RM49.00 untuk dewasa dan RM15.00 untuk kanak-kanak.

Lokasi buffet ramadhan di nilai

Memasuki ruang banquet hall, patik bagai rasa sangat senang dan selesa sebabnya ruangan yang sangat luas dan pencahayaan yang terang dan ditambah dengan lampu lain yang memberikan impak indah dan ekslusif seperti didalam sebuah dewan sebuah hotel.

Lokasi buffet ramadhan di nilai

Penggunaan kerusi yang unik menjadikan suasana dewan persis sebuah dewan hotel dan ditambah dengan konsep gerai-gerai disekeliling banquet hall


MENU BUFFET RAMADHAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Menjengah keruangan makanan mereka. Patik bagai hilang arah sebab terlalu banyak makanan yang mereka tawarkan pada harga yang sangat menarik dan bagi patik adalah dikatagorikan sebagai yang termurah yang pernah patik buat ulasan.

Lokasi buffet ramadhan di nilai
Kids corner
Pelbagai buah-buahan pencuci mulut

Pilihan menu yang pelbagai

Kek dan pastri
Salad dan juga ulaman

pelbagai jenis sambal sebagai penambah rasa

Gerai minuman menghilang dahaga

Menu kampung yang sangat lazat

Gerai berkonsepkan mee juga disediakan

Pelbagai jenis sup untuk dicuba

Menu barat turut disediakan 

SOLAT MAGHRIB DAN TERAWIH BERJEMAAH

Bagi korang yang datang berbuka puasa disini, korang jangan risau sebab mereka juga menyediakan ruangan solat yang sangat selesa dan luas. Ruangan solat yang dilengkapi dengan pendingin hawa menjadikan ruangan ini lebih selesa. 


Kiranya pihak penganjur sangat bersedia menerima kehadiran korang yang akan menikmati juadah mereka nanti. Sambil makan berbuka, ibadah juga tidak dilupakan. 


Bagi korang yang telah membaca entri patik ini dan sedang mencari-cari lokasi buffet ramadhan yang orang kata berbaloi, patik dcadangkan korang datang terus kesini. Ini patik sediakan informasi untuk memudahkan korang nanti. 

Ube Banquet Hall Nilai 3
Lot 16660, Jalan Delima 1, 
Kawasan Perindustrian Nilai 3, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan. 

Waze: 
Ube Banquet Hall Nilai 3

Telefon:
010-587 0000 
06-7971204



Terima kasih kepada pihak UBE Banquet Hall D'Nilai 3 atas jemputan untuk merasai damengambil pengalaman disini.


>> FACEBOOK <<



You Might Also Like

0 komen