BERBALOI KE BERJALAN JAUH SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT IKAN KELAH?

Friday, June 09, 2017

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

BERBALOI KE BERJALAN JAUH SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT IKAN KELAH? | Bila sebut Tasik Kenyir, patik yakin korang akan ingat akan ikan kelah. Ikan kelah yang duduknya di Santuari Kelah yang terletak di Tasik Kenyir Terengganu. Untuk merasai pengalaman dan juga informasi di Santuari Kelah, patik telah diterbangkan oleh Tourism Terengganu dari Kuala Lumpur.


Perjalanan memasakan masa 1 jam 5 min akhirnya tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Sebenarnya boleh dikatakan patik sering melawati Negeri Terengganu dan patik rasai Negeri Terengganu ni adalah sebuah negeri yang tidak jemu untuk dilawati.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Bagai tak sangka patik sekali lagi tiba di Negeri Terengganu untuk menyambung melihat aktiviti-aktiviti yang ada di Negeri Terengganu selain menikmati keindahan dan juga makanan yang sangat pelbagai disini. 

Bersempena dengan Visit Beautiful Terengganu 2017, patik yakin Kerajaan Terengganu begitu aktif menjalankan pelbagai promosi untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai lokasi percutian bagi orang ramai. 

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Berbalik cerita kisah lawatan patik tadi, patik ke sini adalah dalam rangka tugasan mempromosikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Media Prima Digital dibawah program Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Untuk pengetahuan korang, Aplikasi JJCM ini boleh korang muat turun secara percuma dan korang boleh gunakan aplikasi ini untuk mencari lokasi makan-makan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak produksi Jalan-Jalan Cari Makan itu sendiri. 

Bila sebut jee Tasik Kenyir patik dah mula membayangkan kawasan tasik yang sangat cantik dan dikatakan tasik buatan manusia yang paling besar di Asia Tenggara.


Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Untuk sampai ke Kelah Santuari, korang hendaklah menariki bot laku untuk sampai kesana. Jangan risau sebab bot yang akan korang naiki adalah selamat dilengkapi dengan jaket keselamatan dan juga pemandu bot yang profesional

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Sepanjang menyusuri tasik, korang akan melihat banyak rumah terapung dan jga rumah bot bagi penggemar memancing ikan.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Perjalanan menggunakan bot laju ini memakan masa lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke lokasi Santuari Kelah.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Memang tenang kalau korang melalui tasik ini. Dengan kehijauan dan juga air tasik yang tenang memberikan lagi ketenangan kepada korang yang berkunjung kesini.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Disepanjang perjalanan, korang akan melihat bot besar iaitu rumah bot dimana rumah-rumah ini menjadi tempat berlindung bagi si kaki pancing.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Sebelum ke Santuari Kelah, korang akan tiba di Pos Kawalan Santuari Kelah. Disini korang akan diberikan sedikit taklimat,

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Taklimat yang diberikan berkisar perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Santuari Kelah itu. Selesai taklimat, kami semua diberi perlepasan untuk masuk kekawasan Santuari Kelah.

Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pengunjung tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mengancam spesies ikan kelah yang dipelihara dan dipulihara di situ.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Setiba di Santuari Kelah hati bagaikan teruja untuk sampai dilokasi sebenar. Tetapi teruja patik menjadi penat sebab perjalanan untuk sampai ke lokasi sebenar memakan masa lebih kurang 30 - 45 minit perjalanan sejauh lebih kurang 1 kilometer. Terasa jugalah sakit kaki patik tu haaa. Hehehehe.

Perjalanan kelokasi dengan menggunakan laluan bersimen sedikit sebanyak memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung untuk sampai ke tempat ikan kelah bermain.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Kesakitan, kepenatan terubat apabila mendengar bunyi deruan sungai yang menderu. Mata patik tertacap dengan sekawan objek hitam yang menghurungi manusia. Terkejut juga dengan apa yang patik lihat.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Rupanya sekawan ikan kelah sedang bermanja dengan pengunjung yang datang kesini. Terdengar teriakkan, jeritan pengunjung yang sedang bermain dengan kawanan ikan kelah tersebut. Tidak tahu kenapa dan mengapa.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Oh yaaa, untuk pengetahuan korang, kebenaran yang dikeluarkan untuk datang ke Santuari kelah ini terhad kepada 100 orang sahaja SETIAP HARI dimana 80 daripadanya merupakan pelancong yang menaiki rumah bot manakala selebihnya akan diberikan kepada individu yang memohon secara terus daripada pejabat Kenyir Travel pada hari berkenaan.

Harus diingat bahawa pusat santuari tersebut AKAN DITUTUP bermula bulan November hingga Februari setiap tahun bagi tujuan pemuliharaan selain lokasi berkenaan tidak sesuai untuk dikunjungi disebabkan oleh musim tengkujuh.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Patik pun dengan semangat turun kedalam sungai untuk merasai pengalaman bermain dengan ikan kelah. Ya Allah geli ya amat ok ikan-ikan tu menyonyot kaki patik. Memang rasa bagai diurut, tapi kegelian pasti mengundang jeritan sesiapa yang pernah merasai pengalaman ini.

Santuari Kelah Tasik Kenyir Terengganu

Kami diberikan dengan sebungkus makanan ikan untuk diberikan kepada ikan sebagai penarik untuk ikan datang kearah kita.

Bagi korang ingin merasai pengalaman seperti ini, korang boleh datang ke Tasik Kenyir dan rasai pengalaman bermandi-manda dan bermanja dengan ikan kelah di Muara Sungai Petang Tasik Kenyir ini.



-TERIMA KASIH-


You Might Also Like

0 komen