KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Thursday, June 15, 2017

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA | Tempoh hari patik sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan pelajar dari jabatan patik disebabkan musim peperiksaan pun sudah sampai kepenghujung dan mereka ini akan mula memasuki latihan industri tidak lama lagi.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Untuk kali ini, kami sepakat memilih Dataran Perbadanan Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman Putrajaya dan juga Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi sebagai lokasi untuk kami berbuka puasa kerana dengarnya ramai yang berbuka puasa disini. Konsepnya adalah berkelah dimana korang boleh membawa tikar masing-masing dan membuat lokasi korang sendiri untuk berbuka. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Patik dan rakan sekerja patik bersama beberapa pelajar jabatan tiba disana seawal lebih kurang jam 5.30 petang. Pada waktu persekitaran agak lengang dan bagi patik sangat selesa dan cuaca juga sangat baik untuk kita ramai-ramai berbuka secara terbuka macam ini. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Oh yaaa untuk pengetahuan korang, disana juga sedang berlangsung jualan sempena Hari Raya. Jalan dihadapan Istana Kehakiman ditutup buat sementara waktu untuk jualan tersebut.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Selain khemah besar untuk tapak jualan, korang akan nampak banyak food truck yang sama-sama memeriahkan jualan disana. Memang meriah !

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama patik berbuka dengan konsep sebegini. Maklumlah sejak bermula ramadan, patik memenuhi undangan berbuka puasa didewan-dewan atau hotel disekitar Kuala Lumpur. Jadi apa salahnya sekali sekala merasi pengalaman sebegini. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Kira unik dan rata-rata orang ramai memilih konsep sebegini unutk berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Bila tempah sudah kami pacakkan tanda menandakan itu adalah kawasan kami, patik dan yang lain pun bergerak ke bazar ramadan yang disediakan berhampiran dengan Dataran Perbadanan Putrajaya ini.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Jujur patik kata ini adalah jejak kaki pertama patik masuk kedalam bazar ramadan. Selalunya kalau tidak berbuka diluar, patik lebih suka memasak dirumah. Jadi jom sekala sekali kita tengok perangai manusia berbelanja di bazar ramadan. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA
DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA
DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sepanjang pemerhatian patik, rata-rata penjual menggunakan nama jualan dengan nama-nama unik sebagai penarik kepada pelanggan dan kebanyakkan gerai terlalu ramai orang sehinggakan terpaksa beratur untuk membelinya. Semak pula patik rasa. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Sebut pada jualan, harga yang ditawarkan juga bagi patik adalah sangat mahal berbanding harga yang terdahulu. Mungkin dek kerana terdesak, kita sebagai pelanggan terpaksa menerima walaupun peniaga meletakkan harga yang bagi patik agak tidak masuk akal.

Nahhh begitulah keadaan dibazar ramadan Putrajaya. Patik hanya membeli nasi lemak bungkus, roti baghdad, roti john dan juga secawan air. Jadilah sebagai buat makan berbuka.

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Bila kembali semula ke dataran, patik sangat terkejut keadaan yang lenggang tadi telah bertukar kepada sesak dengan manusia. Boleh dikatakan setiap ruang kosong dipadang tersebut akan dipenuhi dengan pengunjung yang datang. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Keadaan yang sangat berbeza semasa mula-mula kami sampai. Ini kalau kami tidak tandakan kawasan kami tadi rasanya kami pun boleh sesat sebab umat manusia terlalu ramai untuk berbuka disana. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Inilah kumpulan kami yang akan berbuka bersama sebentar lagi. Nampak ke tidak yang tiada perbezaan usia yang ketara antara patik dan juga pelajar-pelajar ini. Hahahaha

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Korang yang berbuka di Dataran Perbadanan Putrajaya ini boleh terus menunaikan solat maghrib di Masjid Besi yang tidak jauh dari lokasi korang berbuka tadi. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Untuk tidak bersesak dengan jemaah lain, patik sarankan korang tunaikan solat dengan segera selesai azan berkumandang. Nanti kalau korang melantak sampai kesudah dan baru nak tunaikan solat, patik yakin korang akan stress dengan lautan manusia yang berpusu pada waktu yang sama. Jadilah seorang yang bijak menyusun waktu yeee. Kah!

Oh yaaa. Untuk pengetahuan korang, Masjid Besi juga menyediakan jamuan berbuka puasa dimana orang ramai boleh menjamu selesa dengan menu yang disediakan selepas solat maghrib. Nampak menyelerakan lauk-lauk yang disediakan. 

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Yang patik tidak sangka bila patik sempat terjumpa rakan kerja patik suatu masa dulu. Jadi apa kata kita abadikan didalam blog patik ini. Moga menjadi kenangan dimasa depan ye. Hehehhe

DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Selesai kisah di Dataran Perbadanan Putrajaya itu, kami sempat meneruskan aktiviti kami merakam kenangan di PICC dan kemudian kami tamatkan lepak kami ini dengan aktiviti moreh di Mc Donald Putrajaya yang baru dibuka rasa patik. 

Apa pun ini adalah kisah patik yang patik kongsikan dengan budak-budak pelajar dari jabatan patik. Sekali sekala seronok meluangkan masa dengan mereka. 

Siapa kata jurang antara pelajar dan juga staf perlu ada. Bagi patik tiada masalah kita rapatkan jurang itu tetapi berpada-pada terhadap jurang untuk menjadikan rasa hormat itu ada. Apa pun patik seronok dengan aktiviti seperti ini. Semoga ada lagi peluang dimasa hadapan.


-TERIMA KASIH-


You Might Also Like

0 komen