RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH DENGAN REMPAH BRIYANI MAK SITI

Monday, June 19, 2017


RESEPI NASI BRIYANI MUDAH DENGAN REMPAH BRIYANI MAK SITI | Bulan ramadan ni, percayalah segala menu pelik-pelik yang korang tak pernah buat dibulan biasa akan korang cuba untuk buat pada bulan ramadan? Haaa baik mengaku sebab patik pun jenis macam korang yang bila google menu, rasa ingin mencuba itu sangat tinggi. Hehehe.

Jadi untuk kali ini patik ingin berkongsi dengan korang resepi yang mudah bagi patik iaitu Resepi Nasi Briyani yang kalau dimakan dengan Ayam Masak Merah, Pajeri Timun dan sedikit Kuah Kari akan memberi nikmat yang sangat maksimum. 

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH


BAHAN-BAHAN: 
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gram kismis
100 gram gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR: 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

REMPAH TUMISAN: 
30 gram REMPAH BRIYANI MAK SITI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

CARA MEMASAK: 
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu, goreng buah gajus ditos dan ketepikan. 

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . 

Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

Tadaaaa dengan menggunakan rempah khas daripada Rempah Ratus Mak Siti, patik yakin cara penyediaan masakan korang akan lebih sedap. Bukan patik nak mengangkat jenama ini, tetapi korang kena cuba beli satu paket dan cuba sendiri menyediakan apa jua hidangan dengan menggunakan seleksi pilihan rempah mereka.

Korang juga boleh dapatkan resepi Nasi Briyani daripada rakan blogger patik dari blog [Kite Punya] untuk melihat cara beliau menyediakan resepi Nasi Briyani dengan mudah sekali. 

Rempah Ratus Mak Siti

Oh yaaa sebelum patik bercerita lanjut, ni haaa patik nak tunjuk dengan korang kepelbagaian jenis rempah ratus daripada jenama Rempah Ratus Mak Siti ini boleh korang dapatkan dikedai-kedai runcit, pasaraya dan juga hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin

SEJARAH PRODUK REMPAH RATUS MAK SITI

Sebenarnya patik pun baru tahu yang jenama Rempah Ratus Mak Siti ini sudah berada dipasaran hampir 40 tahun bermula pada tahun 1975. Patik pun belum sempat lahir pada tahun ni haaa. Terdapat pelbagai jenis rempah yang boleh korang pilih untuk dijadikan hidangan korang seperti:

  • Serbuk Rempah Kari Daging
  • Serbuk Rempah Kurma
  • Sebuk Rempah Rendang
  • Serbuk Rempah Sup
  • Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
  • Serbuk Rempah Sup Soto
  • Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
  • Serbuk Rempah Kari Ikan
  • Serbuk Rempah Masak Kicap Daging
  • Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
Ya Allah begitu banyak jenis serbuk rempah yang tersenarai. Ini ada lagi yang patik tidak senaraikan. Mau berjela nanti entri ni haaa. Hehehe.

Rempah Ratus Mak Siti

Selain apa yang patik tahu, rangkaian produk Mak Siti ini adalah terdiri daripada produk semulajadi dimana produk ini tidak ditambah dengan pewarna dan perasa lain dan ianya adalah 100% semulajadi dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan vegetarian. Jadi ianya selamat suci dan juga bersih. 

PRODUK TERBARU REMPAH RATUS MAK SITI

Rempah Ratus Mak Siti


Selepas begitu lama dan fokus dalam penghasilan produk rempah ratus yang berbentuk paket, Mak Siti tampil dengan pembaharuan dimana mereka telah mengeluarkan rangkaian produk rempah didalam bentuk botol yang bagi patik lebih senang, kecil dan sangat user friendly bagi mereka yang selalu didapur. 

Secara peribadi, patik yang boleh dikatakan kerap kedapur merasakan dengan adanya pembaharuan seperti ini, ianya begitu dekat dengan pelanggan. Patik sendiri sudah mula jatuh cinta dengan packaging baru ini. Cengitu !

Produk seperti Empingan Cili (Chili flakes), Serbuk Cili, Empingan Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan juga Serbuk Kunyit sudah sedia didalam botol. Nampak tak betapa jenama Mak Siti begitu mementingkan mereka-mereka yang ada didapur dengan menghasilkan beberapa produk baru yang memang penting didalam masakan. 

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELANCARAN PRODUK BARU MAK SITI

Rempah Ratus Mak Siti

Majlis berbuka puasa dan pelancaran produk baru Mak Siti telah berlangsung di Restoran Rempah Ratus Mak Siti yang terletak di Bandar Tun Razak Cheras. Sebenarnya patik baru tahu yang Mak Siti rupanya ada sebuah restoran. Jadi lepas ni kalau rindu dengan rempah Mak Siti, korang boleh datang dan nikmati juadah disana nanti. 


"Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti"

Majlis yang diadakan dengan begitu meriah telah dihadiri oleh tetamu yan terdiri daripadaanak yatim daripada rumah anak yatim dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd, Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan termasuk kami rakan blogger. 

Rempah Ratus Mak Siti

Patik rasa begitu teruja kerana selama ini patik hanya mengenali jenama ini pada paket rempah yang terletak di rak-rak kedai sahaja, tetapi hari ini patik berada sendiri dan melihat sendiri insan disebalik kejayaan pilihan rempah ratus keluaran jenama Mak Siti ni haaa. 

Jadi apa tunggu lagi. Korang yang kaki masak boleh dapatkan kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti dirangkaian kedai runcit, pasaraya dan juga hypermarket seperti TESCO, Giant Aeon Big, JUSCO dan juga Mydin atau korang boleh dapatkan informaso lanjut seperti berikut:



Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Telefon: 
06-9737508 / 509

Whatsapp:
 017-3309330


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen