SERONOK BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Friday, June 16, 2017

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

SERONOK BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA | Bila peluang berbuka puasa bersama rakan taulan akan patik gunakan sebaik mungkin. Untuk kali ini patik dan bebrapa rakan berpeluang berkumpul dan berbuka puasa di Hotel The Everly Putrajaya

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Restoran Fuze, The Everly Putrajaya lebih spesifik lokasi tempat patik berbuka. Untuk berbuka disini, korang digalakkan untuk membuat tempahan dahulu sebelum datang kesini bagi mengelakkan lokasi ini penuh dengan pengunjung dan dengan kata lain korang sebagai pelanggan akan lebih selesa sekiranya membuat tempahan awal. Alhamdulillah patik sempat membuat tempahan dan nama patik tertera menandakan patik telah membuat tempahan. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Kalau korang yang membaca entri patik [DISINI], The Everly Putrajaya tahun ini menyediakan menu yang berkonsepkan WARISAN dimana korang akan rasakan bagai korang berada dikampung halaman dengan menu yang mereka sajikan kearah warisan kampung. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Rasanya tidak perlu patik huraikan satu persatu didalam entri kali ini sebab korang boleh tengok segala gambar yang patik sediakan. Semuanya memang mengirukan untuk korang nikmati semasa berbuka disini. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Secara keseluruhan bermula dari suasana tempat sehinggalah kepada juadah menu berbuka yang mereka berikan, patik sangat-sangat puas hati. Dengan makanan yang banyak pilihan dan kita sebagai pelanggan tidak perlu berebut untuk merasai kesemua menu yang ada disini. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Kuih muih kampung turut disediakan selain manisan kearah barat yang semestinya menjadi antara pilihan patik untuk dinikmati. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Jadi sebelum kita mengambil makanan, apa kata kita abadikan sekeping dua gambar sebagai tanda patik dan rakan-rakan telah sampai kesini. Karang nanti ada yang kata patik kuat propa sekadar berkongsi cerita tapi tidak berada dilokasi. Jadi nah amek kawww !!

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Bila dah nak masuk waktu, masa itulah segala benda patik ingin cuba. Sebagai permulaan, patik mengambil laksa penang dan juga gorengan tempura sebagai permulaan. Permulaan laa sangat. Kah !

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Ini baru sikit juadah yang patik ambil. Lepas masuk waktu berbuka dan menjamah menu yang patik sebutkan tadi, tibalah masanya untuk patik dan semua kuncu-kuncu merasai disetiap gerai disana. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA
BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Nahhhh amek kawww segala menu yang terhidang kami cuba serba sedikit. Memang rambang mata ok sebab terlalu banyak menu yang dihidangkan disini. Hanya RM98 untuk dewasa, korang boleh menikmati juadah yang boleh patik anggarkan lebih daripada 100 jenis hidangan. 

BERBUKA DI HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

Bila sudah kekenyangan, masa untuk pulang kerumah masing-masing. Akhirnya tercapai juga niat untuk berbuka puasa bersama rakan di Restoran Fuze, The Everly Putrajaya ini. 

Bagi korang yang mencari lokasi berbuka diwaktu-waktu terakhir sebelum berhari raya, patik cadangkan korang datang kesini dan nikmatilah sendiri menu berkonsep warisan dari The Everly Putrajaya. Ini patik sediakan informasi yee. 


Telefon:
03-88922921
03-88922929
 018-2231310 

Email:
norazzah.omar@theeverlygroup.com



>> FACEBOOK | WEBSITE <<


Kredit gambar: www.mekonie.com

You Might Also Like

0 komen