CUTE CARRY TAMPIL DENGAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Monday, July 31, 2017

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

CUTE CARRY TAMPIL DENGAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA | Korang pernah atau tidak mengalami masalah untuk memilih pakaian untuk keluar menghadiri sesebuah majlis? Walaupun pakaian korang penuh satu almari, tapi patik pasti korang akan mengalami masalah ini. 

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Jadi apa kata patik cadangkan korang miliki buku tulisan Tuan Hafiz Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cute Carry bertajuk GAYA UNTUK BERJAYA. Sebenarnya patik baru tahu rupanya beliau pernah menjadi blogger suatu ketika dahulu dan kini beliau  

MENARIK BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Apa yang menarik tentang buku ini adalah buku yang bagi patik lengkap dengan penerangan unutk tatarias diri yang betul. Kalau dahulu patik hanya menghadiri program yang dikendalikan oleh penceramah, tetapi dengan adanya buku GAYA UNTUK BERJAYA ni haaaa patik rasa patik boleh menjadikan buku ini sebagai panduan sekaligus boleh patik kongsikan ilmu yang ada didalam buku ini dengan rakan terdekat. 

Buku GAYA UNTUK BERJAYA ini adalah sebuah buku tatarias diri hasil nukilan pertama daripada Cute Carry untuk mereka yang begitu menitikberatkan tatarias diri.

Dilengkapi dengan penerangan konsep A B C D iaitu:

A = Appearance (Penampilan)
B = Behavior (Kelakuan/Protokol & Etika)
C = Communication (Komunikasi)
D = Development (Pembangunan Diri & Motivasi)

Apa yang patik boleh katakan ini adalah buku pertama di Malaysia yang mengetengahkan 4 konsep dalam 1 buku.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Bagi korang yang tergolong didalam mereka yang harus memiliki buku ini, korang wajar untuk memilik buku yang pernuh ilustrasi jelas dan juga penuh dengan warna warni.

  1. Lelaki dan wanita yang ingin berjaya seiring dengan kerjaya
  2. Korang yang ZERO dalam bergaya
  3. Pemilik perniagaan agar lebih berpenampilan dihadapan pelanggan
  4. Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin belajar berpenampilan kasual dan korporat
  5. Korang yang ragu-ragu tentang gaya
  6. Suri rumah, pelajar dan pencari kerja
  7. Korang yang ingin meningkatkan imej dan motivasi diri
  8. Korang yang berminat dalam memberi perkongsian didalam berpenampilan
  9. Sesiapa sahaja yang ingin berubah

Buku ini berdasarkan pengalaman Cute Carry sendiri bermula daripada bawah untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang penceramah dan perunding imej yang berjaya. 

Buku ini mengandungi 9 bab, dilengkapi dengan halaman-halaman yang bercetak dan penuh dengan ilustrasi berwarna. Sangat santai penceritaannya dan mudah difahami. 

Patik yakin korang pasti akan suka lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih tercari-cari buku rujukan yang sesuai tentang tatacara penjagaan dan penampilan diri. 

PELANCARAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Bertempat di Pejabat CuteCarry Sdn Bhd, Seri Kembangan Selangor telah berlangsung majlis Pelancaran Buku GAYA UNTUK BERJAYA tulisan Tuan Hafiz Mustapha, Pakar Perunding Imej yang terkenal di Malaysia.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Majlis yang serba meriah ini telah dihadiri keluarga terdekat dan individu penting yang banyak menyokong Cute Carry dari awal sehingga kini.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Apa yang boleh patik katakan, Cute Carry ini adalah seorang yang dekat dengan keluarga beliau. Susah senang beliau akan dikongsi dengan keluarga terdekat.

 BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

Tahniah untuk Cute Carry atau Tuan Hafiz Mustapha diatas majlis pelancaran buku GAYA UNTUK BERJAYA yang bagi patik diharap dapat memberi sesuatu input yang sangat positif didalam pembentukan tatarias gaya seseorang.

Korang yang ingin memiliki buku ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


Emel :
training@cutecarry.com
cutecarry@yahoo.com

Whatsapp :
019-3376807

Telefon :
03-89406807


>> WEBSITE 1 | WEBSITE 2 | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen