KEUNIKAN SATE TULANG SENAWANG MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI

Wednesday, July 19, 2017

SATE TULANG SENAWANG

KEENAKAN SATE TULANG SENAWANG MENJADI KEGILAAN ORANG RAMAI | Tempoh hari patik dan 3 rakan blogger lain iaitu Emas Putih, Mawardi Yunus dan juga Pena Berkala bercadang untuk menghadiri rumah terbuka dirumah Tatie yang terletak di Seremban 2. Perjalanan kami dari Cheras ke Seremban 2 mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalana. 

SATE TULANG SENAWANG

Selepas menghadiri rumah terbuka tersebut, kami bercadang untuk singgah ke rumah rakan blogger Uncle Zuan yang terletak di Senawang. Tiba-tiba patik teringat akan menu yang sangat popular disekitar Senawang iaitu Sate Tulang Senawang

SATE TULANG SENAWANG

Kami sampai di gerai Sate Tulang Senawang lebihi kurang jam 6 petang. Masa itu patik sempat melihat mereka sedang membakar sate tulang tersebut.

SATE TULANG SENAWANG

Untuk pengetahuan korang, sate tulang ini hanya menggunakan bahagian tetulang ayam untuk dijadikan sate. Secara jujurnya patik rasakan ianya sesuatu yang unik. Dengan rempah perapan yang memang sedap dan memang kena dengan kena dengan kuah kacang yang disediakan. 

SATE TULANG SENAWANG

Kalau dulu kita boleh tengok orang mengipas sate, tetapi sekarang ini semuanya sudah berubah. Dengan menggunakan kipas besar, sate tulang dan juga sate biasa akan dibakar. Sangat mudah hanya perlu mengawal keadaan sate yang dibakar sahaja. 

SATE TULANG SENAWANG
SATE TULANG SENAWANG

Ini adalah rupa sate tulang dan juga sate biasa yang menjadi antara kegilaan sesiapa yang datang ke kawasan Senawang ini. 

SATE TULANG SENAWANG

ULASAN PATIK:

Secara peribadi patik suka dengan rasa dan keunikkan sate tulang ini. Mungkin perapan yang serasi menjadikan ianya suatu yang sedap. Patik pula jenis yang gemarkan bahagian tulang-tulang, jadi sate tulang ini memang seronok kita layan. 

Sate daging dan juga sate ayam juga tidak kurang sedapnya. Memang puas hati laa boleh patik kata. Memang berbaloi korang datang kesini. 

SATE TULANG SENAWANG

Bagi korang yang ingin mencuba sate tulang, korang boleh datang ke Dataran Senawang untuk mencari sate tulang dan juga sate daging dan ayam mereka. Memang berbaloi sedap !!


SATE TULANG JELEBU
Dataran Senawang
No 123G, Jalan Komersial 5,
Dataran Senawang, 
Negeri Sembilan

Waze: SATE TULANG DATARAN SENAWANG

Waktu Operasi:
6.00 petang - 3.00 pagi


You Might Also Like

0 komen