KURTA LELAKI DARIPADA HIJRAH COUTURE UNTUK LEBARAN 2017

Tuesday, July 11, 2017

KURTA LELAKI

KURTA LELAKI DARIPADA HIJRAH COUTURE UNTUK LEBARAN 2017 | Lebaran 2017 menjelma lagi dan patik yakin seperti biasa korang pasti akan mengenakan pakaian baru untuk menyambut lebaran.

Seperti juga patik, patik juga mencari pakaian baru cukup sekadar memeriahkan lebaran 2017 tahun ini. Untuk tahun ini patik memilih pakaian rekaan daripada Butik Hijrah Couture.

Untuk tahun ini patik menggunakan 2 jenis kurta daripada Hijrah Couture iaitu Kurta Shah Jahan dan juga Kurta Habibie Monica. Seperti yang korang dapat tengok didalam entri ini, 2 jenis kurta yang patik peragakan ini adalah kurta yang patik maksudkan. 

KURTA LELAKI

Kurta Shah Jahan seperti gambar diatas ini adalah jenis kurta cekak musang dengan potogan slim fit dimana patik yakin anak muda sangat gemari potongan jenis ini. Dengan memberikan kelainan pada zip dibahagian bawah menjadikan ianya dikenali milik Butik Hijrah Couture.

Selain zip dibahagian bawah, patik sangat suka rekaan ini dimana ianya dilengkapi dengan butang pada bahagian hujung lengan memudahkan ianya dibuka dan mesra wuduk.  

KURTA LELAKI

KURTA LELAKI

Kurta Habibie Monica yang mempunyai potongan unik ini juga menjadi pilihan patik untuk lebaran 2017. Kurta potongan pada lehernya jenis teluk belanga ini mempunyai potongan serong dibahagian bawah memberikan impak santai dan style bagi korang yang menggemarinya. 

Kalau korang miliki kurta ini, korang akan terkejut sebab kurta ini banyak zip iaitu pada leher yang bertujuan untuk memudahkan menyarung dibahagian kepada dan juga pada hujung lengan yang memudahkan untuk mengambil wuduk. Kesemua zip ini mempunyai tugas mereka masing-masing. 

KURTA LELAKI

Selain boleh dipakai begitu sahaja, Kurta Habibie Monica ini boleh dipakai dengan cara orang Johor memakainya. Memang sangat cantik untuk para jejaka diluar sana. 

Secara keseluruhan patik sangat selesa dengan jenis kain yang digunakan oleh Butik Hijrah Couture. Bukan sahaja selesa, tetapi ianya memang sangat stail dan terkini.

Oh yaaa selain pakaian lelaki, Butik Hijrah Couture ini juga menghasilkan begitu banyak koleksi wanita yang boleh patik katakan korang akan rambang mata melihatnya nanti. Jadi apa tunggu lagi. Jom kesana !! 

Bagi korang yang ingin mencuba 2 jenis kurta seperti patik peragakan ini, korang boleh terus ke Butik Hijrah Couture seperti berikut:

HIJRAH COUTURE
FZ Hijrah, lot 146, Tingkat 1, 
Kompleks PKNS Shah Alam, 
40000 Shah Alam, 
Selangor

HIJRAH COUTURE
G-35-G Jalan Serai Wangi L 16L
Avenue 2, Seksyen 16
40000 Shah Alam
Selangor

HIJRAH COUTURE
No. 6-29-03 (tingkat 2)
Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Telefon: 019-675 7486



>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<



You Might Also Like

0 komen