TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH

Monday, July 17, 2017

 LESEN MEMANDU

TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH | Tempoh hari patik terkejut sebab lesen memandu rupanya sudah lima bulan telah tamat tempoh dan patik dengan sewenang-wenangnya memandu dalam keadaan tiada lesen memandu. Syukur sebab tiada apa yang berlaku sepanjang ketiadaan lesen memandu tersebut. 

Bila sudah tamat tempoh, menggelupur laa patik bertanya kepada rakan terdekat sekiranya dikenakan denda atas kelewatan ini sebab rasanya patik diberitahu, denda akan dikenakan kepada semua pemegang kesen sekiranya telah tamat tempoh. 

Kemudian patik dengan pantas terus menuju ke Pejabat Pos UPM, ni sudah kira yang paling dekat dengan patik untuk bertanyakan berkenaan isu ini. 

 LESEN MEMANDU

Rupanya sekiranya kita telah tamat tempoh dan telah terlajak, secara automatiknya kita dikehendaki membuat terus menjadi 2 tahun sebab tahun pertama telah berjalan. Terima kasih kepada pegawai yag sangat baik bertugas di Pejabat Pos UPM atas penerangan yang terbaik bagi patik. Lega rasanya bila mendengar TIADA DENDA DIKENAKAN SEKIRANYA LESEN MEMANDU TELAH TAMAT TEMPOH. Hehehe

HARGA PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU 

Untuk memperbaharui lesen memandu, harga yang telah ditetapkan adalah seperti berikut. 

  1. 1 tahun - RM30
  2. 2 tahun - RM60
  3. 3 tahun - RM90
  4. 4 tahun - RM120
  5. 5 tahun - RM150
Selepas penerangan yang diberikan oleh pegawai disana, patik telah dinasihatkan membuat pembaharuan seminimum 2 tahun. 

 LESEN MEMANDU

Akhirnya selesai juga delima patik selama ini bila hampir 5 bulan patik memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu. Fiuhhh lega oii !!

Korang diluar sana, patik nasihatkan kerap-keraplah untuk membuat semakan terhadap lesen korang. Sekarang ini lebih mudah kerana korang boleh perasan lesen korang akan mati apabila tarikh lahir korang tiba. Bermaksud, sekiranya tarikh lahir korang tiba, ianya sama dengan tempoh lesen memandu korang. Jadi buatlah semakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



-TERIMA KASIH-

You Might Also Like

0 komen