BAJET SEBANYAK RM 7000 UNTUK SERTAI MEGA WEDDING MALAYSIA

Wednesday, August 30, 2017

MEGA WEDDING MALAYSIA

BAJET SEBANYAK RM 7000 UNTUK SERTAI MEGA WEDDING MALAYSIA | Semua orang pasti menginginkan sebuah majlis perkahwinan yang meriah dan meletop. Maklumlah orang kata sebuah majlis sekali seumur hidup. Jadi kalau boleh kita inginkan sesuatu yang meriah. 

Bila sebut meriah, meletop dan sebagainya, patik yakin ada diantara kita yang mengalami kekurangan bajet tetapi inginkan majlis yang wowww meriah dan meletop. 

MEGA WEDDING MALAYSIA

Sebenarnya patik baru jeee tahu yang sebenarnya di Malaysia ni ade majlis yang 100% diuruskan oleh sesebuah pihak dengan bajet yang boleh patik katakan mampu untuk majlis yang meriah.

Mega Wedding Malaysia adalah sebuah majlis perkahwinan eksklusif yang diadakan untuk mereka yang inginkan majlis yang meriah pada bajet yang tertentu. 

MEGA WEDDING MALAYSIA

Tempoh hari patik telah menghadiri Mega Wedding Malaysia kali ke-3 di Marina Lakeside Putrajaya. Rupanya Mega Wedding Malaysia ini telah menjalankan majlis seperti ini unutk kali ke-3. 

MEGA WEDDING MALAYSIA

Sebanyak 10 pasangan telah diraikan dengan begitu meriah sekali bermula dengan membawa 10 pasangan ini menaiki Cruise Tasik mengelilingi Tasik Putrajaya dan mereka semua berarak di Marina Lakeside Putrajaya

MEGA WEDDING MALAYSIA
MEGA WEDDING MALAYSIA

Kemeriahan perarakan besar ini telah diiringi oleh kumpulan kompang yang telah viral dimedia sosial iaitu Kompang Lima Beradik. Memang tidak dinafikan, walaupun mereka hanya berlima, kemeriahan bunyi kompang itu memang memenuhi ruang Marina Lakeside Putrajaya

MEGA WEDDING MALAYSIA

PAKEJ PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI MEGA WEDDING MALAYSIA

Bagi korang yang bertanya-tanya betul ke dengan bajet sebanyak RM 7000 untuk setiap pasangan, apa yang korang akan dapat kan? Haaa meh sini patik ceritakan apa yang terkandung didalam pakej perkahwinan beramai-ramai di Mega Wedding Malaysia ini. 

MEGA WEDDING MALAYSIA

  1. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
  2. Menu nasi briyani istimewa untuk tetamu
  3. Pelayaran Cruise disepanjang Tasik Putrajaya untuk pasangan pengantin
  4. Urusan pernikahan diuruskan oleh pihak penganjur
  5. Sesi outdoor fotoshot (Konsep Lakeside)
  6. Pelamin gergasi ekslusif
  7. Persembahan live band jemputan 
  8. Door gift setiap tetamu yang hadir
  9. Bunga tangan daripada bungaan segar untuk setiap pasangan 
  10. Kad kahwin ekslusif untuk setiap pasangan
  11. Kek perkahwinan untuk setiap pasangan
  12. Vediography PERCUMA sepanjang majlis berlangsung
  13. Media coverage: Blog, Surat khabar, Majalah
  14. Hadiah perkahwinan mesteri daripada pihak penganjur untuk pengantin
  15. Tempat letak kereta untuk pengantin disediakan
MEGA WEDDING MALAYSIA

Nampak tak bermula dari proses pernikahan sehinggalah persiapan bersanding, makan beradab dan juga majlis memotong kek, semuanya disediakan oleh pihak penganjur di Mega Wedding Malaysia.

MEGA WEDDING MALAYSIA

Bagi pasangan diluar sana yang orang kata kekurangan bajet tetapi mengimpikan sebuah majlis yang cukup sifat dan meriah, Mega Wedding Malaysia adalah tempat yang sangat tepat buat anda semua. Semuanya tersedia hanya dengan bajet RM 7000. 

MEGA WEDDING MALAYSIA

Heyyy dengarnya mereka akan mengadakan Mega Wedding Malaysia 4.0 pada bulan Oktober 2017 nanti. Bagi korang yang berminat, apa kata boleh dapatkan maklumat seperti yang patik kongsikan dibawah. 

>> WEBSITE | FACEBOOK <<


You Might Also Like

0 komen