HARD ROCK CAFE PERKENALKAN MENU BARU UNTUK PEMINAT HARD ROCK CAFE

Wednesday, August 30, 2017

HARD ROCK CAFE


HARD ROCK CAFE PERKENALKAN MENU BARU UNTUK PEMINAT HARD ROCK CAFE | Korang peminat Hard Rock Cafe? Patik yakin antara korang yang begitu berminat dengan jenama Hard Rock itu sendiri. Ada yang suka dan mengumpul barangan keluaran jenama ini dan ada yang suka datang ke Hard Rock Cafe dengan tujuan melepak sambil menikmati menu yang ditawarkan disini. 

HARD ROCK CAFE

Bila sebut bab menikmati menu di Hard Rock Cafe, ni haaa patik nak kongsikan kepada korang yang Hard Rock Cafe memperkenalkan menu baru untuk korang cuba. Tempoh hari patik telah dijemput untuk sama-sama merasai dan memberi ulasan terhadap menu baru yang disediakan ini.

Jom teruskan bacaan korang untuk perkongsian patik di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur


DEKORASI DALAMAN RESTORAN HARD ROCK CAFE 

Berlainan dengan Hard Rock biasa, dekorasi Hard Rock Cafe akan menyajikan sebuah ruang makan santai bersama keluarga atau sahabat handai sambil sama-sama mendengarkan alunan lagu-lagu daripada kumpulan muzik yang telah selalu membuat persembahan disana. 

HARD ROCK CAFE

HARD ROCK CAFE

HARD ROCK CAFE

Seronok jee kan sambil kita makan, korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis lagu. Sangat santai dan itulah yang Hard Rock cuba sampaikan. 


MENU TERBARU UNTUK PEMINAT HARD ROCK CAFE

Berbalik kepada menu baru yang patik ceritakan tadi, ini adalah menu yang boleh korang buat pilihan disana.

HARD ROCK CAFE
Honey Mustard Grilled Chicken Sandwich

HARD ROCK CAFE
Tropical Burger

HARD ROCK CAFE
Cauliflower Burger

HARD ROCK CAFE
Serunding Burger

HARD ROCK CAFE
Cauliflower “Wings”

HARD ROCK CAFE
Pasta Arrabiata

HARD ROCK CAFE
Southern Salad

HARD ROCK CAFE
Fresh Apple Cobbler

Ulasan patik:

Secara jujurnya patik ni bukan jenis yang selalu singgah makan di restoran yang ekslusif, tapi patik suka dengan persekitaran yang begitu santai dan juga layanan yang baik harus dipuji kepada pramusaji kerana sedia melayan patik memperkenalkan setiap satu menu yang ada.

Untuk menu yang dihidangkan, menu yang patik gemari adalah Southern Salad kerana salah yang dihidangkan memang segar dan juga ada bahagian daripada isi salad tersebut yang sedikit rangup dan ianya menambahkan kesegaran semasa patik mengunyahnya. Selain itu menu Serunding Burger adalah yang patik rasa perlu diperkenalkan kepada khalayak khususnya orang luar negara kerana keunikkan Serunding itu sendiri bila digabungkan bersama menjadikan mood "Malaysia" itu sangat tinggi. Hehehe.

HARD ROCK CAFE

Jenama Hard Rock memang tidak asing lagi dan cukup terkenal dan hampir ada di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Patutlah ramai kawan-kawan patik yang sanggup mengumpul cenderahati daripada Hard Rock dari seluruh dunia. Di Malaysia sahaja ada 4 cawangan Hard Rock Cafe iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dan Kota Kinabalu.

HARD ROCK CAFE

Terima kasih kepada Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atas menu yang sangat sedap. Teruskan lagi memperkenalkan pelbagai menu unik di Malaysia untuk penggemar makanan di Hard Rock Cafe seluruh Malaysia.

Bagi korang yang inginkan informasi lanjut berkenaan Hard Rock di Malaysia samada promosi menu makan atau persembahan disana, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah.



>> WEBSITE <<


You Might Also Like

0 komen