TANGGAL BULU DENGAN MUDAH DENGAN PRODUK NORAH

Monday, August 28, 2017


TANGGAL BULU DENGAN MUDAH DENGAN PRODUK NORAH | Korang pernah tak mengalami masalah dengan bulu yang mengganggu penampilan korang? Bagi kaum perempuan, bulu-bulu roma yang muncul dikawasan terbuka seperti dikawasan mulut atau pun dikawasan betis akan membuatkan penampilan korang terganggu. 

Begitu juga dengan patik yang kadang kala suka membuka baju dikhalayak dan bahagian yang menjadi masalah adalah dibahagian ketiak. Banyak juga produk yang patik cari sebagai jalan penyelesaian membuang bulu. 


Tadaaa. patik telah diperkenalkan dengan produk NORAH yang dikatakan mampu membuang atau menanggalkan bulu dengan mudah dan tidak menyakitkan. Sebenarnya patik pernah menonton teknik membuang bulu yang dipanggil waxing ini di You Tube. Agak menyeramkan sebab bulu yang ditanggalkan secara paksa sedikit sebanyak membuatkan patik seriau. 

Nak tahu bagaimana perasaan semasa memakainya? Baca sehingga hujung entri. Hehehe


Produk NORAH ini adalah produk yang dihasilkan dengan 100% dari bahan organik seperti ekstrak lemon, madu dan juga minyak zaitun. Campuran ini menjadikan sipemakai akan berasa selesa dan tidak sakit.

Terdapat 2 jenis keadaan bagi produk NORAH ini iaitu Hot Wax dan juga Cold Wax.

Hot Wax:


  1. Perlu dipanaskan selama 15 hingga 20 saat di dalam microwave ataupun korang boleh buat kaedah pemanasan 2 kali di atas dapur ataupun air mendidih. 
  2. Ianya sangat berkesan untuk bulu-bulu dan susah ditanggalkan terutamanya dibahagian sulit korang.
  3. Pastikan wax dalam keadaan suam ketika menyapu di permukaan kulit. Kalau tidak bahagian sulit korang akan menggelupur. Hehehe
  4. Sesuai di pakai di rumah seperti berada di spa.

Cold Wax:


  1. Mudah dikendalikan sebab korang tak perlu panaskan terlebih dahulu. Hanya buka penutup dan sapu jeee pada bahagian yang dikehendaki.
  2. Kurang berkesan berbanding Hot Wax dan kegunaan sesuai pada bahagian lengan, kaki, muka, ketiak. 
  3. Senang nak bawak travel. 


Berbanding bercukur, faedah sekiranya korang melalakukan waxing adalah:

  1. Lebih TAHAN LAMA. Ini kerana kadar kenaikan bulu baru adalah lebih lama. 
  2. Tidak rosakkan kulit berbanding pencukur yang boleh membuatkan kulit melecet dan boleh menyebabkan kulit jadi kehitaman. 
  3. Bulu BARU yang tumbuh lebih HALUS disebabkan bulu ditarik sehingga ke akar.  
  4. Tiada lagi KEGATALAN seperti selepas kita bercukur semasa pertumbuhan bulu baru. 
  5. Kulit lebih CANTIK dan HALUS kerana penggunaan bahan-bahan organik yang bagus untuk kulit semasa waxing dan selepas waxing.
Jadi bagaimana? Korang yang bermasalah dengan bulu yang mengganggu, patik cadangkan korang cuba dahulu menggunakan produk NORAH ini dan rasai sendiri. Tidak salah orang kata kita mencuba. 

Bagaimana dengan harga?

Setiap wax:
Hot Wax ATAU Cold Wax >> RM35 / botol
Twin Pack: 
RM70 (Hot Wax + Cold Wax) 
Harga TIDAK TERMASUK pos

Bagaimana nak membeli? 

Akmar Ramli
0196339024



>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen