HVT VACATION CLUB SEDIA PAKEJ MENARIK KEPADA AHLI

Thursday, September 21, 2017

HVT VACATION CLUB

HVT VACATION CLUB SEDIA PAKEJ MENARIK KEPADA AHLI | HVT Vacation Club adalah sebuah anak syarikat kepada Finemetal Malaysia Sdn Bhd yang telah ditubuhkan semenjak 2015.

HVT Vacation Club telah bekerjasama dengan banyak hotel terkemuka di luar negara dalam usaha memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya. HVT Vacation Club merupakan sebuah organisasi eksklusif menawarkan sistem ganjaran yang unik kepada pelabur yang menjadi ahli HVT Vacation Club.

HVT VACATION CLUB

Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 delegasi dari Indonesia, China, dan Filipina. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah En. Muhammad Zaini Daud. Memang meriah majlis yang diadakan ini di Holiday Villa Subang Jaya

HVT VACATION CLUB

Patik dan beberapa blogger telah dijemput untuk melihat sendiri kemeriahan majlis perasmian dan memperkenalkan jenama HVT Vacation Club kepada umum. 

HVT VACATION CLUB

Selain itu, majlis pelancaran ini juga turut diserikan dengan kehadiran penyanyi Nurul Wahab yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan meriah. Patik dapat rasakan peminat Nurul Wahab begitu teruja dengan persembahan beliau. 

HVT VACATION CLUB

Semasa temubual yang diadakan, Pengarah Korporat HVT Vacation Club , Datuk Seri David Tan berkata, antara hotel-hotel terbabit adalah Gold Coast Hotel (Australia), Royal Tulip Victoria Hotel (Bali) dan hotel bertaraf lima bintang di Thailand, Kemboja, Vietnam serta Myanmar. 

Untuk masa hadapan, HVT Vacation Club juga merancang unutk mempunyai lebih daripada 200 hotel butik yang terletak di seluruh Asia pada masa akan datang. 

HVT VACATION CLUB

HVT Vacation Club kini memberikan tiga ganjaran unik untuk ahlinya apabila mereka akan menerima sejumlah ganjaran sebaik sahaja mereka mendaftar: 

  1. Dengan menggunakan mata ini, ahli akan dapat menikmati penginapan mereka di mana-mana hotel di bawah HVT Vacation Club  secara percuma.
  2. Ahli juga boleh menempah penginapan mereka melalui perkhidmatan HVT Vacation Club  tanpa perlu melalui pelbagai saluran untuk mengelakkan kerumitan.
  3. Untuk mata yang tinggal, mereka juga boleh memilih untuk menukarkan kepada wang tunai. Jadi dengan menyertai HVT Vacation Club, ahli juga akan memiliki harta di bawah nama mereka sendiri

HVT VACATION CLUB

Semoga ganjaran yang diberikan kepada ahli ni akan memberi manfaat kepada ahli yang menyertai HVT Vacation Club. Sekali lagi tahniah buat HVT Vacation Club atas perasmian dan semoga terus maju didalam lapangan ini. 

You Might Also Like

0 komen