TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA KISAH PEREBUTAN KUASA

Wednesday, September 20, 2017



TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA KISAH PEREBUTAN KUASA | Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger telah memenuhi undangan untuk menonton pementasan Teater Bangsawan Dewa Cendana yang telah berlangsung di Auditorium DBKL

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Sebenarnya patik sudah lama tidak menonton pementasan teater jadi untuk kali ini, patik cuba meluangkan masa untuk menonton teater bergenre bangsawan. Pementasan ini dimulakan dengan celoteh Taukey Panggung yang dipersembahkan oleh Lan Zailan. 

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Untuk pengetahuan korang, Teater Bangsawan Dewa Kencana ini adalah hasil ilham Pertubuhan Pencinta Teater Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HIDAYAH) yang dikemudi Kamarul AR.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Raja Demara Muazar sebagai raja Tanah Selendang Mahkota
Kamarul AR sememangnya sinonim dengan pementasan teater genre bangsawan dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara telah berjaya mengangkat budaya bangsawan didalam pementasan ini.


SINOPSIS TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA 

Berkisarkan pada hal-hal tentang keringat dan perjuangan para pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksikan kehendak, sumpah dan harapan nenek moyang.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Sebilah keris yang dicari "keris pusaka" menjadi satu perlambangan kepada perlembagaan dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa unutk memegang tampuk pemerintahan Tanah Selendang Mahkota, Raja Demara Muazar diguling dan dibunuh oleh Raja Kiabang Indera.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Raja Kiambang Indera 
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Demara Muazar sempat meninggalkan amanah kepada Wangsa Jati agar anaknya, Kencana Demara dapat dikembalikan ke tahta Tanah Selendang Mahkot.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Raja Kiambang Indera (Zack Cool)
TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Dewa Wangsa (Kiri) dan Kencana Demara Muazar (Kanan)
Dewa Cendana mengangkat dua watak penting iaitu Dewa Wangsa dan Kencana Demara Muazar yang membawa mesej perebutan kuasa bagi menjatuhkan kepemimpinan pihak yang sudah lama berjasa pasti membawa kepada krisis ekonomi.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Mubarak Majid sebagai Manong Satria

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Dewa Wangsa lakonon Pengiran Murdian Syah
TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Manong Satria

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Pujian juga patut patik berikan kepada pemuzik iringan yang diketuai Rosman Moh Nor kerana muzik yang dimainkan secara langsung sepanjang pementasa berlangsung memang sangat terbaik.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Pemilihan pemuzik pengiring juga dibuat dengan teliti bagi menampilkan persembahan yang profesional. Tahniah sekali lagi buat pemizik iringan.

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA
Razi Adnan sebagai Dadang

TEATER BANGSAWAN DEWA KENCANA

Teater ini membariskan nama besar dalam lakonan TV dan teater antara­nya Mubarak Majid, Zack KOOL, Razi Adnan, Dayang Norinah, Marup Mustapah, Nazri Ahmad, Watie Khahar, Aine Yusof, Dean Sitara serta Pangiran Shah. Turut membuat penampilan khas, Datuk Jalaluddin Hassan.

Semoga banyak lagi teater yang bergenre sebegini bagi memartabakan lagi budaya melayu dari terus tertinggal dan tidak lagi diperaktikkan. Tahniah buat Pertubuhan Pencinta Teater Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HIDAYAH) dan juga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negara (JKKN).


Terima kasih kepada JKKN atas jemputan. 


You Might Also Like

0 komen