ANUGERAH JJCM MAKAN AWARD MENGANGKAT LOKASI MAKAN TERBAIK

Saturday, November 04, 2017


ANUGERAH JJCM MAKAN AWARD MENGANGKAT LOKASI MAKAN TERBAIK | Korang gemar menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang selalu ditayangkan di TV3 tu? Patik adalah salah seorang penggemar rancangan tersebut kerana bila tengok pengacaranya yang sangat beriya makan tu, patik bagai ikut sama menikmati menu yang ditayangkan. Hehehe. 

Bila orang ramai ada yang merungut sebab terlepas episod yang ditayangkan, makan muncullah APLIKASI JJCM  yang memang memudahkan korang untuk menonton semula [BACA DISINI|. 


Terbaru masih lagi dengan JJCM, buat julung kalinya Media Prima Digital (MPD) telah memperkenalkan sebuah majlis anugerah yang dipanggil Anugerah JJCM Makan Award dimana anugerah ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menobatkan tempat makan terbaik pilihan mereka di sekitar Lembah Klang. 

Korang boleh membuat undian untuk JJCM Makan Awards dibuka mulai 1-24 November2017 ini menerusi sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my

Sebanyak 7 kategori yang dipertandingkan dimana korang boleh mula membuat pengundian. 7 kategori yang patik maksudkan adalah


Nasi Lemak Popular
Nasi Lemak Bumbung
Village Park
Nasi Lemak Tanglin
Nasi Lemak Antarabangsa
Nasi Lemak Famous

Kuey Teow Basah Popular
Mali's Corner
Mamu Penang Char Kuey Teow
Mie Cord Char Kuey Teow
Sany Char Kuey Teow

Sate Popular
Sate Kajang hj Samuri
Willy Satay
Satay Zainah Ismail
Hj Senen Satay
Zaini Satay

Cendol & Rojak Popular
Cendol SS15 Subang
Rojak & Cendol Din
Rojak Bellamy
Rojak & Cendol Shah Alam
Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

Ikan Bakar Popular
Sambal Hijau
Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy
Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin
Restoran Ikan Bakar FEND
Restoran Arang Ikan Bakar

Burger Kaki Lima Popular
Brader John Burger
OM Burger
Yazid Burger
Tajima Burger Bangi
The Burger Shop

Nasi Kandar Popular
Zainul Nasi Kandar
Mohd Yaseem Nasi Kandar
Restoran Kudu bin Abdul
Suberi Nasi Kandar
Restoran Ibramsha Nasi Kandar


Bagi pemenang setiap kategori, mereka akan menerima trofi eksklusif JJCM Makan Awards berserta hadiah wang tunai yang cukup lumayan. Untuk pengetahuan korang, sepanjang 16 tahun siaran JJCM antara personaliti pernah mengendalikan rancangan ini adalah Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Serina Redzuwan, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan dan Qi Razali dan terkini adalah Nazrudin Habibur Rahman atau Naz sebagai hos. 

Jadi jangan lupe untuk terus mengundi kerana tarikh akhir akan habis tidak lama lagi. Semoga dengan adanya anugerah seperti ini dapatlah menaikkan semangat peniaga-peniaga makanan kita untuk memberi khidmat yang terbaik. Lawati laman web seperti tertera dibawah unutk mengundi:


www.jalanjalancarimakan.com.my


You Might Also Like

0 komen