EXPO NEGARAKU TONJOL KEMAJUAN INFRASTRUKTUR NEGARA MALAYSIA

Monday, November 27, 2017

EXPO NEGARAKU

EXPO NEGARAKU TONJOL KEMAJUAN INFRASTRUKTUR NEGARA MALAYSIA | Berlokasi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, expo terbesar negara, Expo Negaraku yang memaparkan kemajuan infrastruktur yang berlaku terhadap Malaysia sedang giat berlangsung selama sebulan sehingga 15 Disember 2017.

EXPO NEGARAKU

Hujung minggu lalu patik sempat berkunjung ke Dataran Merdeka untuk melihat dan merasai sendiri kemeriahan expo yang dipanggil Expo Negaraku. Pengunjung yang datang memang ramai kerana expo ini adalah terbuka kepada umum dan masuk adalah PERCUMA

MENARIK DI EXPO NEGARAKU

Bila berkunjung di Expo Negaraku, korang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti apa yang boleh patik kongsikan adalah aktiviti makan-makan bersama keluarga, aktiviti riadah dan juga pameran di 5 kubah besar. Apa yang menarik di kubah besar? Jom patik kongsikan nanti.

Apabila korang sampai dikawasan Dataran Merdeka, korang boleh melihat kemeriahan booth jualan dan juga jualan daripada food truck yang disediakan untuk korang yang ingin mngisi perut yang lapar dan juga membasahkan tekak yang dahaga.

EXPO NEGARAKU

Selain itu disin juga disediakan aktiviti bersukan dan juga permainan keluarga. Mereka sering akan mengadakan perlawanan antara kumpulan dan apa yang patik lihat gelanggang yang disediakan setiasa berpenghuni dan perlawanan sentiasa berlangsung.

EXPO NEGARAKU

Bagi korang yang membawa anak-anak, ruang permainan keluarga juga disediakan. Bukan sahaja anak-anak yang seronok, patik tengok ramai orang dewasa pun turut serta. Memang sekali sekala seronok bersama keluarga dengan aktiviti seperti ini.

KUBAH BESAR EXPO NEGARAKU

EXPO NEGARAKU

Untuk pengetahuan korang, tarikan utama bila korang datang ke Expo Negaraku ini adalah terletak pada kubah besar yang dibina di Dataran Merdeka. 5 kubah besar ini akan menceritakan apa yang berlaku terhadap Malaysia. Jom patik kongsikan satu per satu.


KUBAH 1 : TUAH DIKONGSI BERSAMA

EXPO NEGARAKU

Memasuki kubah pertama korang akan dipertontonkan dengan sebuah drama pendek yang berdurasi 8 minit berkenaan kisah seorang kanak-kanak yang bernama Alia. Drama pendek yang penuh mesej ini akan menceritakan keinginan seorang anak kecil yang mahukan kemajuan dalam kaca mata mereka sendiri dan siapa sangka kemajuan yang diharapakan telah tercapai. 

Dipancarkan pada skrin besar membuatkan korang berada didalam sebuah panggung wayang dan yang paling seronok, ianya adalah sejuk. Hehehe

KUBAH 2 : KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

EXPO NEGARAKU

Melangkah ke kubah kedua, korang akan dibawa kesebuah dunia pembangunan infrastruktur di Malaysia. Bermula dengan jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Semuanya akan korang lihat sekiranya korang datang ke kubah besar yang kedua ini. 

Yang menarik bagi patik adalah simulasi MRT dimana korang akan merasakan menaiki sebuah MRT yang sedang bergerak. Didalam ini korang akan diterangkan projek-projek pembangunan semasa dan juga akan datang. 

KUBAH 3 : KEHIDUPAN SEJAHTERA

EXPO NEGARAKU

Di kubah tiga ini, korang akan dihidangkan dengan pengalaman dan testimoni orang ramai terhadap apa yang mereka rasai dengan pembangunan infrastruktur yang terbina. Konsep yang menarik korang boleh lihat disini apabila bahan-bahan interaktif boleh korang cuba sendiri.

KUBAH 4 : GAYA HIDUP MALAYSIA

Di kubah ke emapt ini korang akan dijamu dengan simulasi pamorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. semuanya korang akan saksikan dengan visual seakan-akan korang berada ditempat tersebut. 

KUBAH 5 : MASA DEPAN GEMILANG

EXPO NEGARAKU

Penutup bagi penjelejahan 5 kubah, kubah terakhir ini akan menyajikan paparan 360 darjah dimana korang akan melihat visual yang dipancarkan pada dinding kubah. Dengan kata lain, korang perlu mendongak keatas untuk melihat penceritaan yang dimaksudkan. Mujur patik antara yang terawal masuk, jadi sofa dan juga bean beg antara tempat rebutan pengunjung. Siapa cepat dia dapat. Hehehe.

Haaa nampak kan keseronokkan bila korang berada di Expo Negaraku ini. Semuanya disediakan secara inteaktif dan patik yakin korang masti suka. Bagi korang yang ingin merasai apa yang patik rasa, ni haa patik sediakan sedikit informasi untuk panduan korang.

EXPO NEGARAKU
Dataran Merdeka

Kuala Lumpur

Tiket:
PERCUMA

Hari & Masa Operasi:
15 Nov - 15 Dis 2017
Isnin - Ahad
10.00 pagi - 10.00 malam 

You Might Also Like

0 komen