LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT

Wednesday, November 15, 2017


LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT | Tempoh hari patik sempat bersama rakan sekerja di UPM telah mengadakan lawatan singat ke Zoo Negara Malaysia yang terletak di Ulu Klang Kuala Lumpur.  

Untuk pengetahuan korang, zoo ini merupakan zoo yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. 

Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

ZOO NEGARA MALAYSIA

Patik bersama 2 rakan lain telah tiba di Zoo Negara seawal 8.00 pagi dimana waktu ini adalah waktu dimana semua sukarelawan akan tiba dan bersedia sebelum orang ramai tiba tepat jam 10.00 pagi apabila pintu pagar dibuka. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Seperti yang patik bagitahu pada awalan penulisan, tujuan patik dan rakan sekerja lain datang ke Zoo Negara ini adalah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada haiwan angkat jabatan patik yang diberi nama UPEH

ZOO NEGARA MALAYSIA

Sebelum ke majlis penyampaian simbolik cek kepada pihak Zoo Negara, kami semua dibawa ke suatu ruangan dimana kami diminta untuk menunggu CEO dan juga Marketing Manager untuk bertemu dengan kami. Sempat jugalah berbual sambil bertukar-tukar pandangan terhadap kebaikan Zoo Negara

ZOO NEGARA MALAYSIA

UPEH atau nama singkatan kepada UPM Environmental and Occupational Health Society adalah seekor kancil yang kecil bentuknya yang menjadi haiwan angkat bagi persatuan dibawah jabatan patik berkhidmat.

ZOO NEGARA MALAYSIA

Sifatnya yang licik dan aktif memberi makna yang kami mesti betindak aktif dan licik didalam semua hal tidak kira apa yang kita lakukan. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Majlis penyerahan simbolik cek ini telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Prof. Dr. Zailina Hashim kepada Marketing Manager, Zoo Negara Malaysia

ZOO NEGARA MALAYSIA

Selain kami rakan sekerja, pelajar dibawah jabatan yang sama-sama memeriahkan majlis telah menjadi sukarelawan turut hadir. Mereka sebenarnya telah sama-sama menjadi sukarelawan dalam proses pembersihan kandang bagi haiwan yang diminta. 

Oh yaa lupa patik ingin sampaikan. Bagi korang yang ingin menjadi sukarelawan bersama Zoo Negara, korang boleh menghubungi pihak Zoo Negara untuk sebarang tempahan slot waktu. Sebenarnya patik tidak pernah menjadi sukarelawan tetapi patik hanya menjadi pegawai pemantau untuk aktiviti pelajar dibawah jabatan patik. 

Sebenarnya Zoo Negara ini sangat luas dan memang banyak species haiwan yang terdapat disini. Kalau nak berjalan pusing satu Zoo Negara memang memakan masa yang lame, jadi patik sempat melawat beberapa tempat disini termasuklah tempat wajib sekiranya datang kesini iaitu melihat Panda Malaysia ini. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Jujur ini adalah kali pertama patik melihat secara dekat 2 Panda Malaysia yang diberi nama XingXing dan Liang Liang yang telah berada di Malaysia lebih kurang 3 tahun. Kelibat mereka ini memang sangat comel. Geram jeee tengok mereka ni.

ZOO NEGARA MALAYSIA
ZOO NEGARA MALAYSIA

Apa yang boleh patik katakan gelagat mereka ini memang akan menjadikan korang sangat seronok berada disini sampaikan korang pun lupa yang korang sudah berada didalam kawasan ini dengan sangat lama. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Selesai melihat gelagat Panda Malaysia itu, patik bergerak ke persembahan haiwan. Persembahan ini melibatkan beberapa haiwan termasuklah burung, anjing laut dan beberapa haiwan lain. Memang cerdik mereka semua ni. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Berikut adalah harga yang ditawarkan kepada pengunjung yang ingin datang kesini bersama keluarga ataupun mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan kesini. 

ZOO NEGARA MALAYSIA

Apa pun patik seronok sebab dapat kembali kesini semula selepas beberapa tahun tidak kesini. Yang patik ingat kali terakhir adalah pada zaman sekolah mungkin 10 tahun yang lalu dan banyak perubahan berlaku didalam Zoo Negara Malaysia ini. 

Bagi korang yang inginkan lebih informasi berkenaan harga tiket, masa persembahan dan sebagainya, ni haa patik ada sediakan informasi yang mungkin boleh membantu korang dalam perjalanan ke Zoo Negara Malaysia ini. Sehingga jumpa lagi yee. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


You Might Also Like

0 komen