MAJLIS PENGENALAN "KONSERT MALAM BERSAMA OTAI" DI RENDANG CAFE CYBERJAYA

Wednesday, November 29, 2017

RENDANG CAFE CYBERJAYA

MAJLIS PENGENALAN "KONSERT BERSAMA OTAI" DI RENDANG CAFE CYBERJAYA | Korang suka lagu-lagu berentak rock lama-lama ke tidak? Patik secara peribadi kadang kala menggemari muzik berentak rock. Kadang kala balik kerja tu memang bila terdengar lagu rock lama tu haaa.

Tempoh hari patik telah dijemput ke Rendang Cafe yang terletak di Cyberjaya dimana majlis pengenalan "Konsert Malam Bersama Otai" telah diadakan dengan meriahnya disana. 

RENDANG CAFE CYBERJAYA

Melangkah masuk ke cafe ini, patik sangat teruja dengan konsep sebegini dimana mereka menggunakan kayu rustik yang dijadikan perabut dan sebahagian daripada dekorasi cafe ini. Patik suka dengan konsep mereka. Kiranya kalau datang makan dekat sni tenang jee rasa dan tidak semak. 

RENDANG CAFE CYBERJAYA

Unutuk pengetahuan korang, Rendang Cafe menyediakan menu melayu dan fusion yang berkonsepkan rendang. Kiranya dekat sini korang merasai menu yang ada berbaur rendang. Seperti patik, patik telah memilih menu nasi lemak ayam rendang, sandwich rendang dan juga pie ayam rendang. Heeyy memang terbaik ok rasanya. 


Sebenarnya patik datang kesini selain makan dan minum, majlis perkenalan Konsert Malam Bersama Otai khabarnya akan berlangsung pada tahun hadapan dimana legasi lagu-lagu rock zaman 80an dan 90anakan berkumandang semula. Wowww sangat teruja bila artis-artis otai telah turut sama dalam sesi pengenalan ini. 


Antara artis yang datang sama adalah Kumpulan Rio, Kumpulan Graviti, Kumpulan Gamma dan 1 lagi kumpulan yang memang kalau korang dengar lagunya pasti korang kenal. 


Lagu-lagu seperti Layu Di Hujung Mekar, Kembang Terhalang dan Kasih Dirundung Mega ini adalah antara lagu yang telah melonjakkan nama mereka dipersada seni suatu masa dahulu dan kini mereka ini akan kembali menyengat untuk Konsert Malam Bersama Otai yang dijangka akan diadakan pada tahun 2018 nanti.



Ini ada sedikit yang sempat patik rekodkan persembahan abang-abang otai ni membuat persembahan di Rendang Cafe. Suara memang tidak boleh dinafikan. Masih menyengat seperti dahulu.

Oh yaaa bila sebut Rendang Cafe, patik baru teringat yang cafe ini juga turut menyediakan lokasi bagi korang yang ingin mengadakan apa jua majlis tertutup untuk meraikan majlis dan untuk membuat majlis disini.

Bagi korang yang mencari lokasi makan yang menarik di Cyberjaya, Rendang Cafe ini adalah antara yang patik cadangkan dekat korang. Ni patik sediakan sedikit informasi untuk panduan korang.

RENDANG CAFE
D-G-05, PLAZA CRYSTAL VILLE, JLN VITA 1, 
LINGKARAN CYBERPOINT TIMUR, CYBER 12
Cyberjaya 63000

 Telefon:
012-299 1544

Waze: 
Rendang Cafe Cyberjaya

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen