PRODUK IKAN BUNTAL PULAU PANGKOR BOLEH DIKOMERSIALKAN?

Wednesday, November 01, 2017



PRODUK IKAN BUNTAL PULAU PANGKOR BOLEH DIKOMERSIALKAN? | Siapa sangka ikan buntal bagi si kaki pancing yang tiada makna boleh dijadikan barang perhiasan. Sebenarnya patik pertama kali melihat dengan dekat ikan buntal bertukar menjadi hiasan yang boleh dikatakan unik. 


Semasa lawatan patik ke Kota Belanda, Pulau Pangkor, patik sempat menyinggah ketempat pengusahaan cenderamata yang terhasil daripada ikan buntal ini iaitu Abang Mohd Arshad B. Hj. Yusup atau dikenali sebagai Alang. Beliau merupakan salah seorang pengusaha cenderamata unik ini. 


Menurut Abang Arshad, ciri keselamatan semasa menggendalikan ikan buntal ini adalah sangat tinggi dan memerlukan perhatian yang tinggi kerana ikan buntal adalah terkenal dengan sifat racun yang sangat bahaya. 


Seperti kebiasaan, patik sempat mendengar penerangan Abang Arshad mengenai pembuatan cenderahati unik ini bermula dari awal sehinggalah terhasilnya bentuk ikan buntal yang kembang seperti ini. 


Rupanya ikan buntal tadi bukan sahaja boleh dijadikan benuk seekor ikan sahaja, malah ikan bunatal tadi boleh dinaik taraf menjadi pelbagai produk lain seperti jam, topi, hulu parang dan banyak lagi bergantung kepada permintaan pelanggan. 


Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada bentuk dan saiz perhiasan yang terhasil bermula pada harga RM30 dan kadang kala boleh pergi sejauh RM300.

Secara kesimpulan apa yang boleh patik simpulkan adalah, produk unik yang terhasil daripada ikan buntal ini boleh dikomersialkan daripada dibazirkan ikan yang dianggap tidak memberi faedah kepada nelayan sering memperoleh ikan buntal didalam pukat mereka. 

Bagi korang yang datang ke Pulau Pangkor, korang boleh datang ke Kota Belanda dan cari Abang Arshad untuk melihat produk unik daripada ikan buntal itu sendiri. 


You Might Also Like

0 komen