RAIKAN HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR HOTEL

Thursday, November 30, 2017

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR


RAIKAN HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR HOTEL | Setiap tahun perayaan Krismas akan disambut oleh mereka yang beragama Kristian. Di Malaysia juga perayaan Krismas juga disambut dengan meriah.

Bersempena kehadiran perayaan Krismas, Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur akan mengadakan mengadakan promosi hebat sempena kedatangan Hari Krismas.

Seperti perayaan untuk bangsa lain, perayaan Krismas juga mempunyai hidangan tradisional yang menjadi hidangan utama sebagai menyambut perayaan ini. Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass adalah menu tradisi bagi perayaan ini.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR
Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey
Seperti kebiasaan menu seperti ayam turki bakar menjadi menu wajib setiap kali menyambut krismas. Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey adalah menu ayam turki yang akan dihidangkan untuk tetamu sebagai kepala hidangan meja. Hehehe.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Selain menu yang patik senaraikan tadi, ada juga menu yang berkonsepkan hidangan sejuk sedia dimakan. Pelbagai hidangan makanan laut yang boleh korang cuba disana. Memang segar dan menyelerakan.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Bila sebut bahagian manisan, memang meriah dan berwarna warni ok hidangan mereka. Antara yang menarik perhatian patik adalah Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops.

HARI KRISMAS DI RESTORAN NOOK, ALOFT KUALA LUMPUR

Bagi korang yang merancang untuk merasai menu bersempena Hari Krismas ini atau pun menyambut secara meriah, mereka akan mengadakan promosi. Bermula 1 Disember 2017 sehingga 30 Disember 2017, Restoran Nook akan mengadakan Nook’s Christmas Bufet akan mula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga biasa RM118 nett untuk dewasa, manakala harga bufet diambang Hari Krismas pula adalah RM128nett untuk dewasa.

Lokasi:
NOOK, Aras 1, Aloft KL Sentral, 
No 5 Jalan Stesen Sentral, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon: 
+(60) 3 2723 1188


>> WEBSITE <<

You Might Also Like

0 komen