YOGYAKARTA KOTA ISTIMEWA YANG MENGUJAKAN

Friday, November 24, 2017

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

YOGYAKARTA KOTA ISTIMEWA YANG MENGUJAKAN | Bila kita sebut Kota Istimewa  Yogyakarta, patik yakin rakan-rakan travel dari Malaysia khasnya sudah sedia maklum keindahan yang ada disini. Alam semula jadi dan budaya yang indah disini menjadikan Kota Yogyakarta atau lebih mudah dipanggil Jogjakarta ini menjadi lokasi wajib untuk dilawati di Indonesia

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama patik sampai di Kota Yogyakarta ini atas urusan kerja. Terima kasih kepada Wonderfull Indonesia dan juga Yogyakarta Tourism kerana menerbangkan patik dan beberapa blogger dari Malaysia bagi merasai pengalaman menyambut Hari Ulang Tahun Kota Yogyakarta Ke-261 atau lebih dikenali dengan Wayang Jogja Night Carnival #HUT261jogja.

HARI PERTAMA 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjopto, kami disambut oleh Tour Guide dan terus dibawa ke The 101 Yogyakarta Tugu Hotel dimana hotel ini adalah hotel yang sangat dekat dengan majlis sambutan Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 nanti. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Sesampai sahaja dihotel, kami diberimasa untuk berehat dan juga bersedia untuk majlis makan malam. Makan malam kami adalah berkonsepkan buffet dan memang sesuailah dengan kami yang agak kelaparan biladijamu sedemikian rupa. 

Majlis makan malam kami dihadiri oleh tetamu VIP dan juga hadirin daripada negara Asia Tenggara. Kiranya patik sempat berkenalan dengan beberapa rakan dari negara luar. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai makan malam, patik sempat singgah disuatu tempat yang diberi nama Jalan Malioboro dimana sesiapa yang datang ke Yogyakarta, luangkan masa untuk kesini untuk mendapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. Memang meriah untuk membeli belah disini. 

HARI KEDUA

Hari kedua dijangka agak padat dengan aktiviti sehingga malam. Hari kedua kami dimulakan Jeron Bateng Heritage Trail dimana disinilah bermula penjelajahan Kota Yogya yang menarik dan menyeronokkan. 

Untuk penjelajahan Jeron Beteng Heritage Trail ini kami sempat menyinggah beberapa tempat seperti Kraton Palace, Sonobudoyo Museum, Tamansari Water Castle dan Ngasem Tradisional. Apa yang menarik tempat-tempat ini? 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Kraton Palace ini merupakan kediaman rasmi bagi Gabenor Kota Yogyakarta yang masih lagi diduduki oleh beliau dan pada masa yang sama lokasi ini menjadi lokasi terbuka untuk orang ramai untuk melihat sejarah pemerintahan di kota ini. Memang korang akan dapat informasi baru daripada penjelajahan ini. Untuk makluman semua, Gabenar ini kalau boleh patik katakan adalah sebagai Sultan bagi setiap negeri di Malaysia tetapi disini mereka menggunakan istilah Gabenor

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai melawat Kraton Palace, kami singgah ke Sonobudoyo Museum. Nama pun muzium, jadi korang akan mengetahui sejarah bagi Kota Yogyakarta secara menyeluruh. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Kemudian kami sempat singgah ke Tamansari Water Castle atau Istana Air Tamansari dimana lokasi yang wajib korang datang kesini. Apa yang boleh patik katakan tempat ini adalah sebuah istana yang sangat besar dan struktur bangunan ini memang masih utuh dan ada sesetengah telah roboh akibat gempa bumi yang berlaku suatu masa dahulu. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Mengakhiri penjelajaran untuk  Jeron Bateng Heritage Trail kami telah melawat Pasar Ngasem. Pasar Ngasem ini merupakan sebuah pasar yang menjual barangan dan juga kraf tangan daripada penduduk Yogyakarta sendiri. Apa yang patik nampak, hasil produk mereka memang terbaik dan memang cantik untuk dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang nanti.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Selesai penjelajahan ini kami diperkenalkan dengan Kampung Wisata Kotagede. Menariknya tentang perkampungan ini, korang akan melihat keadaan masyarakat yang korang selalu tengok didalam sinetron yang selalu ditontonkan di TV. Lorong-lorong kecil yang menjadi jalan penghubung memang sempat kami rasai.

Satu yang patik puji adalah lorong kecil ini walaupun kecil, tetapi kebersihannya memang tidak dapat disangkal dan paling menariknya terletak pada dinding-dinding yang sangat cantik untuk bagi mereka yang gemarkan bergambar. 

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Fuuhhh memang agak padat program diatas dari pagi sehingga lewat petang.  Selesai semua program yang kami lalui, kami kembali ke hotel untuk bersiap bagi sambutan Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 atau dikenali sebagai Wayang Jogja Night Carnival.

Untuk pengetahuan korang, Wayang Jogja Night Carnival di adakan setiap 7 Oktober sebagai sambutan ulang tahun Kota Yogyakarta. Kebiasaannya perarakan ini akan berlangsung bermula dari jam 7 petang sehingga 9 malam dan mempersembahkan persembahan tradisional dari 14 buah kampung yang ada di bandar Yogyakarta.

HARI KETIGA 

Untuk hari ketiga kami dijangka akan melakukan aktiviti iaitu melakukan aktiviti tubing didalam Gua Kalis Suci, melihat matahari terbenam di Tebing Breksi dan juga menonton persembahan Tarian Ramayana.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Yogyakarta memang kaya dengan aktiviti semulajadi seperti yang akan cuba patik ceritakan ini adalah aktivit tubing didalam Gua Kalis Suci. Korang akan menyelusuri laluan didalam gua dengan menggunakan tube yang besar. Apa yang boleh patik katakan, aktivit yang menyeronokkan dan airnya memang jernih. Itu yang menjadikan aktiviti ini wowww. Hehehe.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Siapas sangka tempat yang dahulu adalah tempat mencari bijih batu bertukar 360 darjah menjadi lokasi wajib sekiranya datang ke Yogyakarta. Tebing Breksi ini adalah lokasi yang cantik terletak diatas sebuah bukit dimana selalunya lokasi ini menjadi lokasi untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Apa yang patik dapat katakan, lokasi ini memang cantik dan mereka bijak menjadikan sesuatu yang tidak berguna menjadi sesuatu yang berharga dan menjadi tarikan untuk perlancongan.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Mengakhiri aktiviti hari ketiga, patik berpeluang untuk melihat persembahan Tarian Ramayana di Prambanan Temple. Kalau korang yang hebat dalam sejarah, Prambanan Temple adalah antara kuil yang masih wujud yang masih tertera didalam buku sejarah.

Pertama kali didalam hidup patik melihat persembahan tarian yang tidak menggunakan bahasa didalam mempersembahan tarian. Hanya dengan gerak badan yang akan menentukan emosi yang diberikan samada marah, benci, suka dan sebagainya. Jadi korang kena pandai-pandai memahami apa yang cuba ditonjolkan semasa persembahan berlangsung.

HARI KEEMPAT

Hari terakhir patik disini adalah dengan menghabiskan masa membeli belah di Jalan Malioboro memandangkan penerbangan pulang patik dan bebebrapa blogger lain adalah pada waktu petang.

Demikianlah perjalanan 4 hari 3 malam patik dalam menjelajai Kota Yogyakarta bagi menyambut Hari Ulang Tahun Yogyakarta Ke-261 dan juga melawat kawasan tarikan lain di kota yang mengujakan ini.

Patik akan kongsikan secara mendalam berkenaan tarikan yang menarik disini untuk entri akan datang. Rugi kalau patik tidak kongsikan dengan korang sebab budaya dan kawasan mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

KOTA ISTIMEWA JOGYAKARTA

Terima kasih kepada pihak Wonderfull Indonesia dan juga Yogyakarta Tourism kerana atas ruang dan peluang yang diberikan kepada patik untuk berada di Kota Istimewa Jogyakarta ini. Sehingga berjumpa lagi dilain masa.


TERIMA KASIH


You Might Also Like

0 komen