CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Thursday, December 07, 2017

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE | Sebenarnya sudah lama patik nak suarakan masalah patik berkenaan boleh ke kita nak transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji secara online sebab sebelum ini patik akan beratur tunggu nombor untuk membuat urusan dengan tabung haji. 

Korang bayangkan kalau musim orang bergaji, memang Tabung Haji adalah antara lokasi paling padat dengan manusia untuk menyelesaikan urusan disana. Jadi patik rasa kan senang kalau ada urusan Tabung Haji ini dilakukan secara online sama seperti transaksi yang lain. 

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Patik bertanya dengan rakan Facebook patik dan rata-rata tidak mengetahui dimana urusan transfer duit dari CIMBClicks ke Tabung Haji boleh dilakukan. Ramai yang mengatakan hanya Maybank2U sahaja menyediakan perkhidmatan atas talian untuk urusan Tabung Haji. Rupanya CIMBClick menyediakan urusan Tabung Haji secara online. Jadi mudahlah patik lepas ni tidk perlu untuk beratur meramaikan umat manusia di cawangan Tabung haji. Hehehe

Jom ini patik ajarkan bagaimana untuk membuat transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji secara online. Semoga perkongsian ini sangat bermanfaat hendaknya. 

Benda yang paling utama adalah korang perlu log masuk kedalam laman web CIMBClick sendiri yee. Tak kan itu pon patik perlu ajar kan. Yang dalam-dalam tu nanti patik akan ajr satu persatu yeee. Semua bersedia??

Selepas korang berjaya lon masuk kedalam website CIMBClicks tu korang ikut arahan ini. 

1. Pergi ke Pay > Bills

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

2. Type pada “ENTER BILLER NAME” itu kepada LEMBAGA TABUNG HAJI.

3. Nama LEMBAGA TABUNG HAJI akan tertera pada ruangan itu & tekan SUBMIT

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji

5. Masukkan nombor kad pengenalan 

6. Letak berapa amount yang korang nak transfer

7. Tick “ADD THIS BILLER TO MY FEVOURITES” untuk menyimpan nombor didalam sistem

Kemudian tekan PROCEED TO PAYMENTS

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

8. Tunggu nombor TAC dari handphone korang

Tekan “CONFIRM” lepas dah masukkan nombor TAC

CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI SECARA ONLINE

Untuk pengetahuan korang, melalui urusan online ini, korang akan dicaj sebanyak RM0.53 untuk urusan CIMBClicks dan RM1.06 untuk urusan Maybank2U bagi setiap transaksi. Kiranya ini adalah upah untuk korang tidak perlu menunggu lama dan semuanya diselesaikan melalui online. Hehehe. 

Rupanya sangat mudah bila patik sudah mengetahui cara transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji. Lepas ni, patik dah tak perlu nak beratur menunggu nombor, menunggu giliran segala. Semuanya patik boleh lakukan dirumah. Heheh

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang senasib dengan patik yang tidak tahu rupanya CIMB boleh menguruskan urusan bersama Tabung Haji. 

You Might Also Like

0 komen