FESTIVAL PRODUK MAKANAN AEON TASTE NEW ZEALAND SEDANG HANGAT BERLANGSUNG

Tuesday, December 05, 2017

AEON Taste New Zealand Food Fair

FESTIVAL PRODUK MAKANAN AEON TASTE NEW ZEALAND SEDANG HANGAT BERLANGSUNG | AEON Taste New Zealand Food Fair sedang hangat berlangsung dari 30 November sehingga 10 December 2017 disemua cawangan AEON diseluruh negara. Semua produk terbaik dari New Zealand dibawa ke sini untuk sama-sama kita rasai dan masak untuk pelbagai acara. 

Kesinambungan daripada festival itu, patik dan beberapa lagi blogger telah berkesempatan untuk turut sama dalam cabaran memasak dengan menggunakan produk daripada New Zealand yang rata-ratanya ada di semua cawangan AEON di Malaysia. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berlokasi di Berjaya University College, patik telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memasak didalam dapur yang tertaraf chef dan juga diadili oleh beberapa orang chef yang berpengalaman. Wowww memang gementar dia bukan main lagi ok sebab ini adalah kali pertama patik melangkah masuk dan memasak didalam dapur seperti ini. 

Sebelum memulakan masakan, kami telah diberi penerangan dan juga menu apa yang hendak kami sediakan. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Patik dan seorang rakan blogger patik Khai Artzfar telah bersatu memilih menu Mussels Appetiser dan steak. Oh yaaa lupa patik nak bagi tahu yang daging yang patik gunakan ini adalah daging lembu yang berkualiti dimport daripada New Zealand sendiri dan korang boleh dapatkan pelbagai jenis daging di mana-mana cawagan AEON.

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berada didalam dapur yang bukan seperti dirumah memang memberi tekanan terhadap patik. Lagi-lagi melihat rakan lain memasak distesen masing-masing dan juga ditambah dengan pantauan daripada chef yang berpengalaman. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Masa yang diberikan kepada kami aadalah selama 30 minit dan 2 menu hendaklah disediakan oleh setiap kumpulan. Sejujurnya ini adalah menu yang tidak pernah patik sediakan seumur hidup patik. Steak dan juga mussels adalah menu yang selalunya patik akan tempah bila makan diluar. 

Selesai sesi memasak tadi, kami semua berpeluang untuk merasai menu yang telah disediakan oleh rakan-rakan dari stesen lain. Ternyata memang produk yang diimport dari New Zealand ni memang berkualiti dan sudah semestinya HALAL untuk orang muslim. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Berbalik kepada AEON Taste New Zealand Food Fair tadi, ianya telah bermula dari 30 November 2017 dan akan berakhir pada 10 December 2017. Macam-macam jenis produk dari New Zealand dibawa masuk ke Malaysia dan hanya semua cawangan AEON ada produk-produk ini. 

AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair
AEON Taste New Zealand Food Fair

Untuk karnival ini terdapat banyak jenama besar dari New Zealand yang turut serta seperti Whittakers, Kiwigarden, Viberi, Anmum, Karihome, Mainland CHeese, Spring Sheep, Easiyo, Griffin, Tasti, Weet Bix, Sweet Meadow, Proper Crisps, Greenlea, Talley's, Only Organic, Eco Store dan banyak lagi. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Jom ramai-ramai ke mana-mana cawangan AEON untuk mencuba dan melihat sendiri produk dari New Zealand ini, dimana New Zealand adalah negara yang banyak mengeluarkan produk import HALAL di Malaysia. 


You Might Also Like

0 komen