PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD BERI BANYAK FAEDAH

Sunday, December 03, 2017

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD BERI BANYAK FAEDAH | Dunia hari ini sangat mencabar dek kerana ekonomi yang agak tidak memberi sesuatu yang bagus jadi sekiranya ada sesuatu inisiatif yang baik kenapa tidak ambil peduli. Terbaru Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) menjalin kerjasama dengan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam usahanya untuk mengembangkan ekonomi digital menerusi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Patik telah dijemput untuk sesi perkenalan ini yang berlokasi di The Raintree Club Kuala Lumpur dimana perkenalan ini adalah bertujuan memberi pendedahan awal bagi menerangkan kegunaan dan kelebihan bagi program ini. 

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Dr. Mohd Zamri Noordin yang merupakan Pengasas Kumpulan Sahabat Persaudaaan (KSP), program ini akan dilaksanakan secara lebih serius untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital secara eksklusif. 

Manakala kerjasama dengan Kumpulan Mpay pula bermanfaat dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan rakyat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk menderma dan membantu antara satu sama lain secara terus dan juga boleh mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah melalui aplikasi yang disediakan.

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Apa yang patik tertarik adalah terdapat pelbagai baucer tunai dan diskaun yang ditawarkan untuk pengguna kerana kad ni diwujudkan bagi membantu rakyat berkeperluan untuk mengurangkan beban / perbelanjaan harian mereka. 

PROGRAM KAD PRABAYAR NEGARAKU MPAY MASTERCARD

Khabarnya Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Patik pun tidak sabar untuk melihat fungsi kad tersebut dapat membantu masyarakat hari ini. Sebarang informasi lanjut korang boleh lawati laman web yang patik sediakan. 


>> WEBSITE <<

You Might Also Like

0 komen