SEMBANG SANTAI BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK)

Tuesday, December 19, 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)


SEMBANG SANTAI BERSAMA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) | Sejak dua menjak ini, kita sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia sering merungut dengan kenaikan harga barang. Bila sebut sahaja barang sudah pasti kementerian yang bertanggungjawab di Malaysia ini adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Tempoh hari patik telah menghadiri suatu perjumpaan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Dato' Seri Hamzah bin Zainudin dimana perjumpaan berkonsep santai ini adalah sebuah perjumpaan santai membincangkan isu-isu semasa yang berkait dengan kepenggunaan di Malaysia.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Menurut beliau, isu kepenggunaan ini adalah suatu isu yang sudah lama dimana peranan pengguna agak penting bagi membantu pihak kementerian untuk mebendung isu bermain dengan harga barangan. Antara yang sering ditekankan adalah masalah pengguna didalam menghadapi harga pasaran barangan. Selain itu, penerangan secara ringkas bagaimana kementerian berperanan dalam memastikan penjual tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga di pasaran. Ini terutama untuk harga barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, beras, tepung dan gas memasak (LPG) dimana semua barang keperluan asas ini adalah barang kawalan oleh kementerian. 

Sebenarnya banyak yang pihak kementerian cuba bantu kita sebagai rakyat Malaysia dalam menangangi isu kepenggunaan ini haaa. Apa yang boleh patik simpulkan ada beberapa aplikasi dan medium yang boleh kita sebagai pengguna boleh gunakan untuk memudahkan korang. Ini adalah antara aplikasi mudah untuk korang guna.

PRICE CATCHER


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Menariknya aplikasi ini, aplikasi Price Catcher ini  membolehkan kita membuat semakan dan perbandingan harga barangan yang ditawarkan disekitar kawasan yang berhampiran dengan rumah kita. Jadi dengan aplikasi ini korang boleh memilih dan mementukan kedai/pasaraya mana yang menawarkan harga yang berpatutan yang mampu untuk korang beli. Sekarang ini penjimatan itu lebih penting daripada kita berlebih-lebihan. 

EX ADU KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sekiranya korang mempunyai permasalahan tentang isu harga barangan yang dinaikkan secara sesuka hati, KPDNKK telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan EZ ADU KPDNKK. Melalui aplikasi ini, korang boleh membuat sebarang aduan mengenai isu kepenggunaan yang mana ianya akan terus diajukan kepada pihak KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. 

FRIENDS OF KPDNKK 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Rupanya ada saluran untuk kita rakyat Malaysia untuk bersuara iaitu dengan menjadi rakan kepada KPDNKK dengan hanya mendaftar sebagai Friends of KPDNKK [DISINI]. Sebenarnya patik telah membuat perkongsian didalam penulisan patik sebelum ini. Friend of KPDNKK ini merupakan platform dimana korang bertindak sebagai membantu pihak kementarian menjadi mata-mata dalam memantau dan menangani isu kepenggunaan ini. Korang boleh baca selebihnya pada link diatas. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Apa yang boleh patik katakan penerangan ini agak bermanfaat dalam berkongsi rasa kita sebagai pengguna dan juga kepada pihak pemerintah seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Didalam keadaan semasa, bagi patik kita sebagai rakyat yang perlu menghadapai semua ini, perlu  menjadi lebih bijak dalam memandu kemana seharusnya kita keluarkan untuk perbelanjaan kita. Orang kata ukur baju dibadan sendiri. Selagi mampu itu yang akan kita belanjakan. 

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen