Posts

Showing posts from January 23, 2017

NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI

Image
NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI | Sebenarnya patik ni jenis yang suka mencuba makanan baru lagi-lagi ianya kalau jarang diketahui ramai dan sedikit pelik. Hahaha Untuk entri kali ini patik ingin berkongsi dengan korang semua lokasi yang baru patik jumpa iaitu Restoran Warung Kita yang terletak di Sungai Tangkas Bangi . Khabarnya restoran ini telah membuka banyak cawangan seperti di Klang dan Sungai Buluh dan di Bangi adalah cawangan terbaru.  Sebenarnya restoran ini memang dekat dengan rumah patik jeee. Jadi mudahlah lepas ni mencari tempat makan sedap di sekitar Bangi .  Untuk pengetahuan korang, restoran ini hanya menyediakan 3 jenis menu SAHAJA untuk korang nikmati iaitu Nasi Manggey, Nasi Lemak Ikan Tongkol, Nasi Berlauk Ikan Tongkol . Nampak kan perniagaan mereka sangat fokus dan tidak campur bermacam-macam menu lain.  Disebabkan patik datang untuk sarapan pagi, patik dan rakan patik memilih untuk menikmati menu Nasi Manggey