Posts

Showing posts from February 22, 2017

ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN

Image
ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN | Sebenarnya patik jenis yang suka menggunakan konsep belian atas talian kerana sangat mudah dan berbaloi. Kiranya apa yang patik inginkan hanya perlu menggunakan konsep carian didalam enjin carian.  Terbaru portal belian atas talian iaitu ROOPAWAN telah diperkenalkan dan ianya fokus kepada pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim.  Untuk pengetahuan korang ROOPAWAN telah dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2016 bersempena Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016  yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik. Banyak tu !! Menempatkan jenama seperti Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang agak pop