Posts

Showing posts from March 30, 2017

BENARKAH RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH SELEPAS DIKECAM?

Image
BETUL KE FIZOMAWAR KITCHEN BANGI MASIH TIDAK BERUBAH? Tahun lalu kecoh apabila Restoran milik Fizo Omar dan Mawar iaitu FizoMawar Kitchen yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi itu telah menjadi viral dek penulisan seorang blogger kerana khabarnya menu yang diberikan sangat tidak berbaloi dan perkhidmatan layanan yang boleh dikatakan sangat teruk. Sebenarnya apabila kisah tu hangat diperkatakan, patik telah datang bersama blogger Mawardi Yunus dan juga Penaberkala untuk merasai apa yang diperkatakan oleh blogger tersebut. Jujur patik kata apa yang dikatakan oleh penulis blog tersebut memang benar. Mungkin baru dalam dunia perniagaan makanan & minuman jadi agak kurang memuaskan dari semua segi.  Selepas setahun kisah tu berlalu, patik sekali lagi datang ke restoran ini sebagai "orang awam" kerana ingin melihat bermula dari menjemput tetamu masuk kerestoran, ambil order, menyediakan makanan dan akhir sekali sesi penghantaran menu yang ditempah. I