Posts

Showing posts from April 21, 2017

TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA

Image
TONTON ADAKAN "KONSERT JOM TONTON" SEMPENA ULANGTAHUN DI THE CURVE DAMANSARA | Tak sangka pejam celik TONTON  sekali lagi akan menyambut ulangtahun mereka dengan mengadakan Konsert Jom Tonton yang akan diadakan pada Sabtu, 22 April 2017, Sabtu esok ni haaa.  Dengarnya banyak artis yang akan membuat persembahan pada malam tersebut antaranya Kumpulan Forteen, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi. Selain persembahan artis, sambutan ulang tahun ini juga turut diadakan bazar jualan bagi memeriahkan majlis ulangtahun TONTON ini.  Dengan tagline "Tonton Macam VIP" , majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ratu Tonton iaitu Dato Seri Vida dan juga duta Tonton seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack.  Jadi apa tunggu lagi, jom set masa korang untuk datang ke The Curve Mutiara Damansara dan memeriahkan Konsert Jom Tonton hujung minggu ini. Tarikh:  

MAKANAN PANTAI TIMUR DI ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI

Image
MAKANAN PANTAI TIMUR DI ORKED LAVENDER KAFE BANDAR BARU BANGI |  Bila sebut makanan yang berasal dari Pantai Timur, patik sudah mula membayangkan keenakkan Nasi Dagang, Naasi Kerabu, Nasi Dingin, Satey Lokceng dan macam-macam lagi.  Tapi dekat Bandar Baru Bangi ni mana restoran yang menyajikan makanan yang berasal dara Pantai Timur ek? Selidik punya selidik patik dapat tahu di Bandar Baru Bangi ada restoran yang menyajikan menu dari Pantai Timur. Orked Lavender Kafe yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi adalah jawapannya. Kafe yang dikatakan menyediakan menu makanan asli daripada Pantai Timur. Haaa ni yang patik datang nak mencuba menu yang sedap ni. Haaaa.  Melangkah masuk kedalam kafe ini, korang akan disambut dengan lukisan mural yang sangat cantik yang melambangkan kafe ini. Lukisan yang boleh patik katakan seperti bunga orked yang hidup. Patik macam tidak percaya kafe ini menyediakan menu berkonsepkan makanan Pantai Timur sebab persekitaran